akuifer

(Geologi) bahagian bawah tanah yang terdiri daripada kerikil atau batu berliang yang mengandungi air.

akuk

[Minangkabau] penyakit ayam (yang menyebabkan ayam meringkuk atau terlentok);

terakuk mengantuk;

terakuk-akuk terangguk-angguk (kerana tidur atau terlalu mengantuk).

akulturasi

penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain:
selagi satu kebudayaan bertembung dengan satu kebudayaan yang lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan berlaku;

mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan daripada sesuatu budaya kepada budaya lain:
TV berperanan ~ penonton-penontonnya.

akumen

kebolehan memahami, menilai, dan memutuskan sesuatu dengan cepat dan jelas, misalnya dalam soal perniagaan, kepintaran.

akumulator

(Fizik) peranti yang menyimpan elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri.

akupunktur

suatu kaedah perubatan (yang berasal daripada suatu amalan perubatan di negeri China) untuk menyembuhkan penyakit dengan cara mencucuk tempat-tempat tertentu pada kulit dengan hujung jarum:
seorang pesakit sedang menjalani rawatan ~.

akur I

(ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dan sebagainya):
saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi;

mengakuri menyetujui, menerima:
teorinya diakuri segenap ahli penyelidik;
Keimen Baunka Shidosa harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun;

mengakurkan
1. mencocokkan, menyesuaikan;

2. mendamaikan (orang bertengkar dan lain-lain);

keakuran persetujuan, persesuaian, kecocokan:
saling mengerti dan ~ diperlukan dalam satu pertubuhan.

akur II

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, Illigera appendiculata.