bunuh

~ diri mengambil nyawa sendiri dengan sengaja;
hukum ~ hukum mati (dengan dipancung, digantung, ditembak, dan lain-lain);

berbunuhan, berbunuh-bunuhan, bersibunuhan ark, bunuh-membunuh mati-mematikan (sesama sendiri), saling membunuh (mematikan):
pada zaman dahulu, masing-masing berperangan dan ~;

membunuh
1. mematikan, menghilangkan nyawa:
dia dituduh ~ kawannya;

2. memadamkan (api, tulisan, dan lain-lain), menghapuskan (sesuatu), melupuntukan:
sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah;
ia ~ perkataan yang telah ditulisnya;
Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli;
sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri;

3. menutup (menampal) tempat yang bocor;

terbunuh mati (akibat kemalangan, dibunuh, dan sebagainya);

bunuhan
1. (orang dan lain-lain) yang dibunuh;

2. bahagian lukah yang di belakang (di dalam sekali) tempat ikan tertangkap (terperangkap);

pembunuhan perbuatan membunuh;

pembunuh
1. orang yang membunuh;

2. alat atau sesuatu yang digunakan untuk membunuh:
ubat ~ serangga;
~ bersiri
orang yang membunuh beberapa orang, seorang demi seorang dalam kejadian yang berurutan.

bunyi I

1. sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia:
~ senapang;
~ burung;

2. suara alat muzik atau orang menyanyi (laras nada):
~ biola;
alat ~;

3. lafaz, sebutan, pengucapan (dengan alat pertuturan):
dua perkataan ini sama sahaja ~nya;

4. bacaan (surat dan lain-lain), isi (surat, permintaan, dan lain-lain):
apa ~ surat ayah kita?;
sungguhpun permintaan itu kecil ~nya, tetapi berat juga untuk memenuhinya;
~ bahasa
[Indonesia] bunyi yang dipakai dalam sesuatu bahasa;
~ cina karam ki bising sangat (riuh sangat);
~ geser bunyi yang terjadi kerana udara keluar melalui celah yang sempit dan lain-lain, geseran;
~ kembar (rangkap) [Indonesia] dua bunyi yang diucapkan merangkap satu bunyi (bunyian dan lain-lain);
~ letus bunyi yang terjadi kerana udara keluar dengan tiba-tiba (bunyi p dan lain-lain), letusan;
~ sengauan bunyi yang keluar melalui hidung (bunyi ng dan lain-lain);
bagai ~ siamang kenyang (peribahasa) banyak cakap kerana mendapat kesenangan;
kerana mendengar ~ (peribahasa) terpedaya kerana mendengar berita baik;
setengah bagai ~ enggang, setengah bagai ~ kuau (peribahasa) pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan);

sebunyi serupa bunyinya:
kata ~;
surat ini ~ dengan surat yang sudah kita terima;

berbunyi
1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi:
bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~;
genderang serunai pun ~lah;

2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya:
surat itu ~ seperti berikut;

berbunyi-bunyi berbunyi berulang-ulang;

membunyikan
1. menjadikan berbunyi, memainkan alat muzik:
~ loceng;

2. melafazkan, menyebut:
~ perkataan dengan jelas;

bunyi-bunyian alat muzik.

bunyi II

berbunyi [sastera lama] bersembunyi:
maka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga;

membunyikan [sastera lama] menyembunyikan .

bupati

[Indonesia]

1. kepala daerah (bahagian daripada provinsi);

2. pegawai istana yang tinggi (di Yogyakarta dan Surakarta).

bura

sembur, hembus (dengan keras);
naga ~ [sastera lama] sejenis naga yang menyemburkan api dan bisa;
ular ~ ular mura (ular yang suka menyembur dan berbisa);

membura menyembur:
sembur ~ dari mulutnya;

memburakan
1. menyemburkan:
~ ubat nyamuk.

2. [kiasan] pecah berderai (cerai-berai).

burai

berburai, terburai
1. berderai, bertaburan:
tiba-tiba terlanggar batang hanyut, rakitnya terburai;

2. terurai dan kusut (rambut dan lain-lain);

3. [kiasan] pecah (rahsia, persahabatan, dan lain-lain);

memburaikan memecahkan:
hujan ~ takungan.