buntat

batu hempedu, batu yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan lain-lain;
~ hendak jadi gemala (kemala) (peribahasa) tidak tahu diuntung.

buntil

karung daripada kain:
sebuah ~ besar yang berisi penuh;
kopral itu meletakkan ~nya ke tanah;
terlampau duka terurah ~, terlampau suka terurah rahsia
(peribahasa) apabila berdukacita, terjual barang simpanan, apabila bersukacita, terbuka rahsia;

buntilan buntil.

bunting

1. mengandung (biasanya dipakai untuk binatang), hamil:
kambing itu sudah ~;

2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar:
patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~;
~ bantang (besar)
bunting yang sudah besar;
~ harimau (orang yang suka) marah-marah semasa bunting;
~ jolong mengandung untuk pertama kali;
~ kecil bunting yang masih kecil;
~ kerbau bunting yang lamanya lebih daripada sembilan bulan;
~ padi peri kecantikan betis perempuan;
~ pelamin mengandung pada bulan pertama berkahwin;
~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;

membunting menjadi (nampak) bunting:
betisnya ~ padi;

membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan :
ia telah ~ gadis itu;

membuntingkan 1. sedang mengandung (di dalam perut):
pada masa itulah makmu ~ engkau;

2. menyebabkan bunting, membuntingi:
siapa yang telah ~ kau?

buntingan kandungan;

pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak.

buntu

mati (jalan dan lain-lain), tertutup (pintu dan lain-lain), terhalang, tersekat;
fikiran ~ tidak berfikir panjang lagi;
jalan ~
a) jalan mati;
b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat;
usus ~ usus yang tersekat hujungnya;

membuntukan membuat buntu;

kebuntuan perihal (keadaan) buntu.

buntung

[Indonesia]

1. kudung (kaki, tangan, ekor, dan lain-lain);
baju (kemeja) ~ baju (kemeja) yang tidak berlengan;

2. mendapat kerugian (kemalangan dan lain-lain);

membuntungkan mengudungkan.

buntut I

1. bahagian badan di antara belakang dan kaki, punggung:
menteri mengepalakan gajah, dan bentara di ~ gajah;
~ kapal
buritan;

2. bahagian bawah sebelah luar periuk, kuali, dan lain-lain (yang menyentuh permukaan lain);

3. lanjutan (sesuatu perkara), akibat:
perkara itu belum habis lagi, ada ~nya;

berbuntut
1. mempunyai buntut:
bintang ~;

2. ada akibatnya (lanjutannya), berekoran;

berbuntut-buntut (dengan) yang satu (seorang) mengikuti di belakang yang lain, beruntun-runtun, berderet-deret:
berjalan ~;

membuntut
1. mengikutseseorang atau sesuatudari belakang;

2. [kiasan] mengikut:
Yang salahnya, kita sering ~. Tidak berfikir sendiri;

membuntuti mengikut, mengekori:
ia ~ ibunya ke mana-mana;

membuntuntukan mengarahkan punggung pada sesuatu atau seseorang:
ibu memalingkan badannya, ~ aku.

buntut II

(kayu) ~ baung sejenis tumbuhan (pokok renek), daun sekentut, temberak hutan, Lasianthus oblongus.