bunker

1. kubu pertahanan di bawah tanah, biasanya dibina daripada konkrit dan keluli;

2. kontena besar untuk menyimpan bahan api:
~ arang batu;

3. (dalam permainan golf) kawasan berpasir di padang golf yang dijadikan halangan.

buntal II

beberapa jenis ikan yang menjadi gembung kalau dipegang;
jenis-jenisnya:
~ batu = ~ kotak = ~ peti, Lactoria spp., Tetrosomus spp.;
~ duri = ~ landak, Diodon spp, Chilomycterus spp.;
~ pisang, Amblyrhynchotes spp., Arothron spp., Chelonodon spp.;
bagai ~ kembung
= melabuh-labuh bagai ~ ditiup (peribahasa) sombong.

buntang I

1. terbeliak, terbuka luas-luas (berkenaan (dengan) mata):
~ matanya memandang dengan rasa penuh curiga;

2. [kiasan] tinggal sia-sia, terlantar, terbiar:
ladang dan tanam-tanaman mereka ditinggalkan ~ sahaja kerana lari ke tempat lain;

membuntang
1. = berbuntang, terbuntang terbuka luas-luas, terbeliak (mata):
matanya terbuntang tiada terkelip;

2. terapung-apung di air (berkenaan (dengan) ikan dan lain-lain);

membuntangkan
1. membuka luas-luas (mata), membeliakkan;

2. membentangkan;

3. mengapungkan.

buntar

bulat, bundar;
(tengah) ~ bayang-bayang (membayang) tengah hari benar;
~ dikeping, suarang diagih (peribahasa) [Minangkabau] harta persyarikatan dibahagikan, tetapi harta pembawaan dipulangkan.