1. terbeliak, terbuka luas-luas (berkenaan (dengan) mata):
~ matanya memandang dengan rasa penuh curiga;
2. [kiasan] tinggal sia-sia, terlantar, terbiar:
ladang dan tanam-tanaman mereka ditinggalkan ~ sahaja kerana lari ke tempat lain;
membuntang
1. = berbuntang, terbuntang terbuka luas-luas, terbeliak (mata):
matanya terbuntang tiada terkelip;
2. terapung-apung di air (berkenaan (dengan) ikan dan lain-lain);
membuntangkan
1. membuka luas-luas (mata), membeliakkan;
2. membentangkan;
3. mengapungkan.
berkongsi