1. mengandung (biasanya dipakai untuk binatang), hamil:
kambing itu sudah ~;
2. batang padi menjadi bengkak kerana buahnya hendak keluar:
patah dua tiga batang, pokok padi tengah ~;
~ bantang (besar) bunting yang sudah besar;
~ harimau (orang yang suka) marah-marah semasa bunting;
~ jolong mengandung untuk pertama kali;
~ kecil bunting yang masih kecil;
~ kerbau bunting yang lamanya lebih daripada sembilan bulan;
~ padi peri kecantikan betis perempuan;
~ pelamin mengandung pada bulan pertama berkahwin;
~ sarat (tua) bunting sudah genap bulan;
membunting menjadi (nampak) bunting:
betisnya ~ padi;
membuntingi menyebabkan bunting, menghamili, menghamilkan :
ia telah ~ gadis itu;
membuntingkan 1. sedang mengandung (di dalam perut):
pada masa itulah makmu ~ engkau;
2. menyebabkan bunting, membuntingi:
siapa yang telah ~ kau?
buntingan kandungan;
pembuntingan proses (perbuatan) membuntingkan anak.