bubuh

membubuh
1. menaruh, meletakkan sesuatu:
tanah ini boleh disuburkan semula dengan ~ baja;
~ harga
menaruh (menentukan) harga;

2. menaruhkan, menambahkan:
rantai itu dibubuh di pangkalan supaya kapal tidak boleh lalu;
jangan lupa ~ tanda ringgit dan titik;

3. menulis, memasukkan (dalam surat, laporan, dan lain-lain), menempatkan (huruf, tanda, dan lain-lain dalam tulisan):
segala kelakuan perang itu dibubuhnya dalam surat itu;
~ angka dua
memberi berangka dua;
~ awalan dan akhiran memberi berawalan dan berakhiran;
~ koma menempatkan koma;
~ tandatangan menandatangani;

membubuhi menaruh sesuatu, meletakkan sesuatu, menambah sesuatu dengan:
bajunya berkembang besar dan dibubuhi kain yang lain warnanya;

bubuhan
1. sesuatu yang dibubuh;

2. [Indonesia] bunyi atau rangkaian bunyi yang dibubuh pada kata pokok (awalan, akhiran, dan sisipan);

pembubuhan penaruhan, penempatan, penambahan:
~ tandatangan pada surat.

bubuk I

1. serbuk pada benda-benda yang lapuk:
~ kayu;

2. serbuk daripada benda yang ditumbuk:
~ kopi;

membubuk menumbuk hingga halus:
~ kopi.

bubuk II

sejenis binatang berkulit keras (sejenis kumbang) yang suka makan (kayu, buluh, beras, dan lain-lain):
kayu itu tidak dapat dipakai lagi kerana sudah dimakan ~.

bubul I

sejenis bisul pada tumit (orang) atau pada kuku kuda;
jenis-jenisnya:
~ bubuk, ~ gantang, ~ malai, ~ sarang, dan lain-lain.

bubul III

[Indonesia] ;

membubul naik ke atas (membumbung), keluar (timbul) banyak-banyak bersama-sama.

bubung

bubungan bahagian rumah yang di atas sekali untuk rumah yang atapnya berbentuk huruf V terbalik:
setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke ~ juga.

bubur

sejenis makanan (daripada beras, jagung, kacang hijau, dan lain-lain) yang lunak dan berair;
~ Asyura bubur daripada campuran berbagai-bagai bahan yang dibuat pada hari Asyura, iaitu hari yang ke-10 dalam bulan Muharam;
~ ayam bubur nasi yang mengandungi daging ayam;
~ kacang hijau bubur daripada campuran kacang hijau, gula, dan lain-lain;
~ kanji (ayam) bubur nasi (ayam) yang dibubuhi bawang dan rempah-rempah lain;
~ lambuk sejenis bubur nasi yang dicampurkan dengan sayur-sayuran, isi ikan, dan lain-lain;
~ sumsum
bubur daripada tepung beras;
kurang-kurang ~, lebih-lebih sudu (peribahasa)
a) perkara kecil yang dibesar-besarkan orang;
b) sedikit pengetahuan tetapi cakap besar;
nasi sudah menjadi ~ (peribahasa) sesuatu (perbuatan dan lain-lain) yang sudah terlanjur.