borak

perbualan mesra, tidak formal, biasanya tentang hal-hal yang tidak serius atau tidak penting:
dia meneruskan ~nya lagi;

berborak, berborak-borak, memborak berbual(-bual) kosong, bergebang:
ramai juga orang sedang ~ di situ;

memborakkan bercakap besar (membongak) tentang sesuatu:
dia selalu ~ kekayaannya;

pemborak (orang yang) suka berborak.

boraks

(Kimia) serbuk putih yang digunakan dalam pembuatan kaca dan sebagai agen pembersih.

borang I

kertas bercetak yang padanya ada ruang untuk dimasukkan maklumat yang dikehendaki atau diminta:
~ cukai pendapatan;
mengisi ~ untuk memohon pekerjaan.

bordir

[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] suji, tekat, sulam;

membordir menyuji, menekat, menyulam;

bordiran sujian, sulaman, tekatan.

boreal

(Geografi)

1. berkaitan dengan angin utara;

2. berkaitan dengan utara atau kawasan di sebelah utara.