bonjol

bonggol, bengkak;

membonjol menyerupai bonjol:
bibirnya ~ manakala suntil itu disematkan lebih kukuh.

bonsai

1. seni atau teknik membentuk pokok hiasan yang kerdil dengan cara menanamnya dalam pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dan sebagainya;

2. pokok yang dikerdilkan sebagai hiasan, dengan menanamnya dalam pasu tohor, memangkas dahan dan akarnya, mengawal pembajaannya dan sebagainya;

membonsaikan menjadikan sebagai bonsai:
pokok-pokok yang belum dibonsaikan.

bonus

1. bayaran tambahan pada gaji dan lain-lain sebagai pemberian (ganjaran);

2. bayaran faedah kepada pemegang polisi syarikat insurans atau pemegang saham;
~ saham ganjaran kepada kakitangan dalam bentuk saham (sama ada secara percuma atau pada harga yang murah).

bonyor

lunak dan terlalu masak (buah), lunak dan agak buruk (ikan, makanan, dan lain-lain).

bopeng

cacat yang berupa lubang-lubang kecil (pada muka dan lain-lain), capuk, borek (kerana penyakit cacar).

bopet

[Indonesia-Belanda]

1. sejenis almari tempat menyimpan makanan (minuman dan lain-lain);

2. tempat dijual makanan serta minuman dan lain-lain (di stesen dan lain-lain).

bor

[Indonesia-Belanda] gerudi, jara, penggerek;

mengebor menggerudi, menggerek lubang;

pengeboran
1. perihal mengebor;

2. tempat mengebor (untuk mencari minyak dalam tanah);

pengebor orang yang mengebor (menggerudi), penggerudi.

bora

angin kencang timur laut yang sejuk dan kering yang bertiup menuruni gunung di pantai timur Adriatik.