[Jakarta] [arkaik] misai, kumis.
berengut
memberengut bersungut-sungut, merengus;
rungut.
berentang
memberentang menyentak (supaya lepas), merentak;
memberentangkan
1. menyentakkan, merentakkan;
2. menghimpunkan segenap tenaga.
berentuh
[bahasa kasar] tidur.
berenuak
[Perlis] banyak.
bereo
[Jakarta] jambang dan jan ggut, berewok.
berepas
[Kelantan] bercerai (kanak-kanak dengan orang tua).
bererot
[Jakarta], bererotan berduyun-duyun, beriring-iring.
beres I
[Minangkabau] [arkaik] sangat sejuk.
beres II
1. teratur, rapi, tidak kacau:
kehidupan kau masih belum ~ lagi;
2. selesai (perselisihan, hutang, dan lain-lain):
pertikaian dengan adiknya belum ~ lagi;
hutang telah ~;
tahu ~ [bahasa percakapan] tidak usah gaduh (semuanya akan beres);
membereskan
1. mengusahakan dan sebagainya supaya teratur (sempurna, kemas, dan sebagainya), mengatur, merapikan:
~ semua yang perlu untuk mesyuarat;
2. menyelesaikan (perselisihan, hutang, dan lain-lain):
hutangnya sampai sekarang belum dibereskan lagi;
keberesan kerapian, ketertiban, keselesaian;
pemberesan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membereskan.