[Kedah] kotor dan berdaki.
berdene
[Kedah] berlendir (pada kudis yang masih bernanah).
berdikari
berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain untuk menolongnya:
belajar hidup ~.
berdus
buncit (perut).
berecak
[Kelantan] ombak besar, gelombang.
berecek
[Kelantan] melakukan sesuatu berdikit-dikit (beransur-ansur).
berek
bangunan atau kumpulan beberapa buah rumah untuk tempat tinggal anggota tentera atau polis:
~ polis.
berek-berek I
sejenis burung (biasanya terbang malam),
a) Merops leschenaulti;
b) Merops philipinus;
~ laga siang, malam sekelelapan (peribahasa) nampaknya berselisih sahaja, tetapi batinnya mereka seia sekata.
berek-berek II
[Kelantan] berterusan, tidak putus-putus.
bereke
[Kelantan] bersama-sama (berjalan), turut serta.