tegang

1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dan lain-lain), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dan lain-lain):
tali yang direntang itu mestilah ~;

2. tidak lembut (rambut dan lain-lain), kaku, keras dan liat (daging, otot, dan lain-lain):
segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dalam masa membuat senaman itu;

3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dan lain-lain):
~ sahaja bunyi suaranya;

4. [kiasan] tidak mesra (persahabatan dan lain-lain), bertentangan, genting (perselisihan dan lain-lain):
hubungan antara Kemboja dengan Vietnam Selatan telah ~ sungguh;
suasana menjadi ~
;
~-magang keras dan liat;
~-teguk [Perak], [bahasa percakapan] berkehendak sangat;
~ dinanti kendur, keras dinanti lunak (peribahasa) untuk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak reda kemarahannya;
~ yang berjela-jela, kendur yang berdenting-denting (peribahasa) pemerintahan yang baik, di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya;
kendur mengusut, ~ memutus (peribahasa), [Minangkabau] perihal pentadbiran yang kurang baik (kelemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan);

bertegang, bersitegang;
~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot:
aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu;
~ urat leher ~ buku lidah
(peribahasa) tidak ada yang mahu mengaku kalah (dua orang dalam perdebatan);

menegang
1. menjadi tegang:
urat-urat di wajahnya ~;

2. merentang;

menegangi menarik supaya tegang:
tegangilah kail itu;

menegangkan
1. menjadikan tegang, menarik dan lain-lain supaya tegang, meregangkan:
berapakah panjang spring itu jika tidak ditegangkan?;

2. ki menjadikan genting (perhubungan dan lain-lain), meruncingkan (perselisihan):
peristiwa yang berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut;

mempertegang menjadikan lebih atau bertambah tegang;

tegangan, pertegangan keadaan tegang;
~ permukaan (Fizik) sifat permukaan cecair yang bertindak seolah-olah sebagai lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yang berada di permukaan);

ketegangan
1. perihal atau keadaan tegang;

2. pertentangan yang keras, kegentingan, keruncingan:
~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari;

penegangan proses menegangkan sesuatu:
~ dan pengenduran otot;

penegang alat (bahan, ubat dan sebagainya) yang digunakan untuk menegangkan sesuatu (seperti tali, kulit, urat dan sebagainya):
minyak gamat dijadikan ~ urat;
sedak digunakan sebagai ~ kulit gendang.

tegap I

1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan):
badannya masih ~, pandangannya masih baik;

2. kuat, kukuh, teguh, utuh:
gunakan meja yang ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja;

3. kuat atau erat (ikatan dan lain-lain), kukuh (letak sesuatu dan lain-lain);

4. [kiasan] kukuh (keadaan ekonomi atau politik dan lain-lain);
~ hati teguh hati;
~ sasa = ~ tegun [sastera lama] tegap serta kuat;

menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan:
akar ~ berdirinya pokok;
piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri;

ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dan lain-lain).

tegar I

1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku;

2. [kiasan] tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dan lain-lain), degil:
mereka mempunyai pandangan yang ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dan lain-lain), keras hati, keras kepala, degil;
~ pelupuk mata berani;
tanah ~ tanah kering yang keras;

bertegar berkeras (berdegil dan lain-lain), berkeras hati;

menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan;

ketegaran kekerasan hati, kedegilan:
kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dengan ~ kerajaan Barat.

tegari

sejenis tumbuhan (herba yang harum bau akarnya apabila dibakar), benjuang, ciciak, lenjuang benar, meroyan bungkus, senjuang, setagit, siak-siak, siak-siak basya (jantan), Dianella ensifolia.

tegas

1. jelas serta terang (kelihatan dan lain-lain), nyata:
dengan suara ~ dan jelas ia berkata;

2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat:
hukuman yang ~ mestilah segera dijalankan;

3. kata atau ujar (yang tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dan lain-lain):
Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera untuk menghalau komunis-komunis keluar dari Danang, ~ beliau;

4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya:
~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;

bertegas mengatakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (beria-ia) :
raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;

menegas [arkaik] meminta penjelasan (keterangan);

menegaskan
1. menerangkan, menjelaskan:
di dalam bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar nombor asas dalam kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi;

2. mengatakan (menyatakan) dengan tegas:
aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung;

3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan:
kedudukan yang sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yang berkuasa;

ketegasan
1. perihal tegas, kejelasan, ketetapan:
dia mengambil suatu ~;

2. apa yang ditegaskan, keterangan:
ia terdiam mendengar ~ Wan Derus;

pertegasan
1. pembatasan erti, definisi, takrif;

2. penentuan, pemastian;

penegasan penjelasan (yang tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yang nyata):
berilah ~ kepada aku sama ada engkau hendak pindah dari sini atau tidak.