teguh

1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain):
jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakuntukan ribut;
kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup;

2. [kiasan] kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dan lain-lain), rapat:
demikian sekali ~nya tali persaudaraan yang telah diikat antara orang Muhajirin dengan orang Ansar itu;

3. [kiasan] tidak merosot (ekonomi dan lain-lain), kuat:
keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dari segi kewangan mahupun barang-barang;

4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dan lain-lain), tetap:
beliau mempunyai keazaman yang ~ dan kesanggupan yang kukuh untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup;
~ hati
= hati ~ kuat hatinya;
~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya;
yang ~ disokong, yang rendah ditindih (peribahasa) ketidakadilan;

berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh);
~ hati menguatkan hati, dengan teguh hati;

berteguh-teguh, berteguh-teguhan ~ janji saling menyatakan setia kepada janji;

berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pada janji dan lain-lain);

meneguhkan
1. menguatkan, mengukuhkan:
~ angkatan laut;

2. menyungguhkan, mengesahkan:
beliau telah ~ kebenaran berita itu;

3. berpegang teguh (pada janji), tetap memenuhi janji (kata-kata);
~ janji menepati janji;
~ setia tetap setia;

memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat:
kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita;

keteguhan perihal teguh (hati, iman, dan lain-lain), kekuatan, ketabahan, ketetapan:
~ hati dan ketabahan jiwa yang begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu;

peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan;

peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dan sebagainya) yang meneguhkan atau memperteguh:
anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri.

teguk

seteguk sebanyak yang ditelan sekali (air):
minta air barang ~ dan nasi barang sesuap;

meneguk minum (air, ubat, dan lain-lain), menelan (air):
mereka ~ kopi masing-masing;

tegukan sesuatu yang diteguk;

ketegukan [arkaik] tersedak, kesedakan;

deguk.

tegun

bertegun, menegun berhenti sebentar:
~ di pintu;

tertegun tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan sesuatu, dan lain-lain):
~ sejurus ia di muka pintu kamar itu;
yang bernyanyi ~ yang bercakap dan tertawa berdiam diri;

tertegun-tegun sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahan-tahan, terputus-putus:
ia melangkah, berjalan lambat-lambat disela-sela tempat yang telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan mata kian ke mari.

tegur

1. = ~ sapa kata-kata yang diucapkan untuk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dan lain-lain):
terlalu baik budi bahasanya lagi dengan ~ sapanya;

2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar:
barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda;

bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual:
dua hari kami tidak ~;
dia bangun dari kerusinya dan ~ sapa dengan teman-temannya;
berteguran dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah
(peribahasa) setelah dialami barulah diinsafi;

menegur
1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dan lain-lain), menyapa:
maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman;

2. mencela, mencerca, mengkritik:
tidaklah pula menjadi salah kepada seseorang pengarang yang ~ langkah-langkah kerajaan dengan secara patut dan sederhana;

3. = menegurkan memberi nasihat, memperingatkan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar:
saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal;

4. mengganggu (berkenaan (dengan) syaitan, hantu, dan lain-lain), merasuk:
sakit ditegur hantu;

meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang);

menegur-neguri [Minangkabau] memeriksa orang sakit dengan menggunakan kunyit dan lain-lain (untuk mengetahui sebab-sebab penyakit);

teguran
1. hasil perbuatan menegur, sapa;

2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk:
rencana itu patut dianggap sebagai ~ yang membina untuk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya;

3. amaran, peringatan;

keteguran
1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dan lain-lain);

2. [arkaik] termenung-menung kerana bingung dan lain-lain, terkasima.

teh I

1. = pokok ~ sejenis tumbuhan (pokok renek yang daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis;

2. = daun ~ daun daripada pokok teh yang telah dikeringkan (dibuat minuman dengan air);

3. = air ~ minuman yang dibuat daripada daun teh;
~ encer air teh cair;
~ hutan = ~ kampung sejenis tumbuhan (pokok renek), Acalypha siamensis, ~ makau sejenis tumbuhan (herba), capadang, Scorpria dulcis;
~ kosong
air teh yang tidak dicampur gula;
~ O [bahasa percakapan]
a) teh kosong;
b) air teh yang tidak dibubuh susu (tetapi ada gulanya);
~ O beng C, [bahasa percakapan] air teh kosong yang dibubuh air batu;
~ susu air teh yang dibubuh susu dan gula.

teh II

1. [Perak] nama timang-timangan bagi anak yang keenam;

2. [Pahang] panggilan untuk anak yang keempat.

teja I

1. awan merah atau kekuning-kuningan yang kelihatan di kaki langit sebelah barat (ketika matahari masuk);

2. [arkaik] pelangi, bianglala, ula danau, ula daru, benang raja:
~ keluang cahaya terang yang nampak di langit selepas hujan ribut;
~ membangun teja yang tegak.

teja II

~ badak (lawang) = kayu ~ sejenis tumbuhan (pokok yang akar dan daunnya dibuat ubat), kayu manis hutan, medang kemangi, Cinnamomum iners;
~ betina
= ~ pasir sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya baik untuk perkakas rumah), medang pasir, Neolitsea zeylanica.