kuda ~ kuda besar lagi tangkas.
tek I
bunyi seperti bunyi jam (mesin taip dan lain-lain);
tik I.
tek II
[Minangkabau] kecil.
teka
meneka menebak, menduga, mengagak:
dapatkah kamu ~ mengapa orang itu datang menemui kita?;
bukan semudah itu untuk ~ hati manusia;
teka-teki
1. soalan yang dikemukakan secara samar-samar dan rumit yang jawabannya harus diduga, soalan untuk menduga akal:
kanak-kanak biasanya sangat suka akan ~;
2. sesuatu perkara yang susah atau sulit diselesaikan:
manusia itu selalu merupakan ~ yang setiap waktu boleh memberikan macam-macam keganjilan yang tidak terduga-duga;
~ silang (kata) teka-teki dengan mengisi huruf dan lain-lain dalam petak-petak;
~ terbang teka-teki dengan menyebuntukan huruf-huruf Jawi yang harus dijawab dengan kata yang dieja dengan huruf-huruf itu;
berteka-teki mengucapkan teka-teki, bertanya jawab dengan teka-teki:
biasanya percakapannya itu dijalankan dengan ~ .
tekaan
apa yang diteka, dugaan, sangkaan, tebakan;
peneka orang yang meneka:
hanya empat orang ~ sahaja telah dapat meneka dengan tepat dalam peraduan teka bola itu;
terka I
tekad
kemahuan yang sungguh-sungguh (untuk mencapai sesuatu), kepercayaan yang sungguh-sungguh, kebulatan hati:
bulatlah sudah ~ nya untuk ke luar negeri;
memasang ~ [Indonesia] bernazar, berkaul, berniat;
membulatkan ~ menetapkan kemahuan (untuk berbuat sesuatu);
bertekad bermaksud, berazam, berniat;
ketekadan kesungguhan (hati):
~ untuk bersatu.
tekah
sejenis kera yang berekor panjang, Hylobates leuciscus.
tekak I
1. bahagian langit-langit yang lembut (di sebelah belakang mulut);
2. rongga kerongkong;
3. [kiasan] rasa atau alat perasa (pada mulut):
anak ~ anak lidah;
kering ~ dahaga, haus;
payau (langu) ~ tidak ada selera hendak makan;
tidak sedap ~nya
a) tidak sedap rasanya (makanan);
b) tidak ada selera untuk makan;
umpan ~ makanan untuk membangkitkan selera makan;
bertekak [kiasan] bertengkar, berbalah, berbantah:
bagaimana akan kita yakinkan umum akan kebagusan faham sosialis ini, jika kita saling ~ tanpa pokok yang hak;
menekak seakan-akan melekat di tekak (rasa):
manisnya ~.
tekak II
[sastera lama] tidak mahu menurut kata, keras kepala, tegar hati, degil.