tekal

1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten;

2. sesuai, selaras sepanjang masa;

3. [kiasan] teguh, tetap berpegang pada pendirian, pendapat, dan lain-lain;

ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yang sudah ada penting untuk menentukan penerimaan mendidik generasi muda.

tekam

sejenis tumbuhan (pokok), balau bukit (pipit), damar laut, kuning tengkawang, Shorea collina.

tekan I

~ kundai sejenis hiasan pada kundai (daripada emas dan lain-lain);

bertekan bertumpu dengan tangan pada, bertelekan:
Basi membongkok dengan kedua-dua tangannya ~ di meja;

bersetekan [Minangkabau] bertekan;

menekan
1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat:
ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut;

2. [kiasan] memperkuda, memeras, menggencet, menindas:
undang-undang yang seperti ini hanyalah sebagai senjata bagi golongan pemodal untuk ~ golongan miskin;

3. [kiasan] menghentikan (sesuatu) dengan paksaan, mencegah, mengekang:
matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya;

4. [kiasan] mengadakan desakan yang keras terhadap, mengasak, mendesak (hingga menyusahkan):
askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dengan keras;
atas nama keamanan sejagat, yang gagah ~ yang lemah;

5. [kiasan] mendesak keras (supaya), memaksa-maksa:
Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menyebelah kepadanya;

6. [kiasan] = menekankan mengatakan sesuatu dengan keras (kuat), mengeraskan (pengucapan):
Jali menekan-nekan suaranya;

7. [kiasan] menghimpit-himpit dan menyusahkan, menyesalkan:
perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar menekan-nekan hidupnya;

menekankan
1. menekan dengan sesuatu (pada), menindihkan sesuatu (pada), mendesakkan sesuatu (pada):
Kamal ~ kepalanya pada pintu kuat-kuat;

2. mengucapkan kata (suku kata) dengan keras, mengeraskan suara untuk menegaskan:
ia ~ suku kata yang terakhir;

3. sangat-sangat mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan:
Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat daripada semua lapisan keturunan telah bersatu padu;
tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis tersebut dengan masyarakat;

tertekan ditekan, tertindas, tertindih:
petani-petani yang sentiasa ~, dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan bersenjata;

tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut:
Konah menceritakan lagi dengan suara yang agak ~ pula keluarnya;

tekanan
1. keadaan atau hasil menekan:
~ darah;
~ udara;

2. sesuatu yang menekan dengan kuat, desakan, paksaan:
ia menarik diri dari ~ politik;
ditimpa oleh ~ emosi yang mengganggu perjalanan fikiran;

3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yang diucapkan lebih keras daripada yang lain, pengucapan kata yang dikuatkan:
guru menggaris dengan kapur warna di bawah perkataan yang menghendaki ~ suara;

4. sesuatu yang dipentingkan (diutamakan);
~ atmosfera (Fizik) tekanan pada suatu titik di permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut;
~ darah tekanan pada dinding arteri yang nilainya bergantung pada daya pengepaman jantung, kekenyalan dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah;

ketertekanan perihal (keadaan) tertekan;

penekanan perihal menekan (menekankan);

penekan alat dan lain-lain untuk menekan.

tekan II

[Indonesia-Belanda] 1. = tekanan [bahasa percakapan] tandatangan;

2. = menekan [bahasa percakapan] membubuh (menurunkan) tandatangan, menandatangani;
~ kontrak
a) menandatangani kontrak (perjanjian);
b) menjadi kuli kontrak;
~ mati [bahasa percakapan] bersedia mengorbankan nyawa, masuk pasukan berani mati;
~ serdadu [bahasa percakapan] masuk menjadi serdadu;

= teken I.

tekang

palang kayu dan lain-lain yang dipasang melintang untuk menahan dinding lombong dan lain-lain (supaya tidak runtuh);

menekang memasang tekang pada, memberi bertekang.

tekap I

penudung yang pipih atau mungkum (seperti tapak tangan pada mulut, sapu tangan pada muka, dan lain-lain);
~ sampan papan (kayu) penutup pada sebahagian daripada haluan dan buritan perahu;
kertas ~ kertas tipis yang diletakkan di atas lukisan dan lain-lain untuk menirunya;

bertekap bertudung dengan sesuatu yang pipih atau mungkum:
mukanya ~ dengan sapu tangan;
~ mulut
menutup mulut dengan tangan;

menekap 1. = menekapi menutup dengan sesuatu yang pipih atau mungkum:
ada lagi yang akan diucapkan oleh Hasan, tetapi tiba-tiba Rohani telah ~ mulutnya;

2. meniru peta dan lain-lain dengan menggunakan kertas tekap;

menekapkan menutupkan (melingkupi) sesuatu pada:
perlahan-lahan dari belakang ia ~ tangannya pada kedua-dua mata Osman;

tekapan penutup yang mungkum;

tekup.

tekat

sujian, sulaman;
~ berakam sujian dengan benang emas (perak), bersongket:
~ berawan sujian yang merupakan gambar awan;
~ bersuji sulaman dengan benang sutera;
~-bertekat sujian dengan menampal kain dan lain-lain yang lain;
~ timbul sujian yang bergambar timbul;

bertekat dihiasi dengan tekat, bersuji, bersulam:
kain sarung ~ emas;

bertekatkan bersuji dengan, bersulam dengan;

menekat membuat tekat, menyuji, menyulam:
anakanda telah pandai ~ menyulam berbagai-bagai rupa cara-cara baru belaka;

tekat-menekat ilmu yang berkaitan dengan kerja menekat:
Hajah Habibah bercadang membuka kelas ~ sebagai langkah permulaan mendidik generasi muda;

tekatan hasil menekat, yang ditekat:
bunga-bunga ~ ini bermutu tinggi.