tegang

1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dan lain-lain), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dan lain-lain):
tali yang direntang itu mestilah ~;

2. tidak lembut (rambut dan lain-lain), kaku, keras dan liat (daging, otot, dan lain-lain):
segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dalam masa membuat senaman itu;

3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dan lain-lain):
~ sahaja bunyi suaranya;

4. [kiasan] tidak mesra (persahabatan dan lain-lain), bertentangan, genting (perselisihan dan lain-lain):
hubungan antara Kemboja dengan Vietnam Selatan telah ~ sungguh;
suasana menjadi ~
;
~-magang keras dan liat;
~-teguk [Perak], [bahasa percakapan] berkehendak sangat;
~ dinanti kendur, keras dinanti lunak (peribahasa) untuk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak reda kemarahannya;
~ yang berjela-jela, kendur yang berdenting-denting (peribahasa) pemerintahan yang baik, di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya;
kendur mengusut, ~ memutus (peribahasa), [Minangkabau] perihal pentadbiran yang kurang baik (kelemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan);

bertegang, bersitegang;
~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot:
aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu;
~ urat leher ~ buku lidah
(peribahasa) tidak ada yang mahu mengaku kalah (dua orang dalam perdebatan);

menegang
1. menjadi tegang:
urat-urat di wajahnya ~;

2. merentang;

menegangi menarik supaya tegang:
tegangilah kail itu;

menegangkan
1. menjadikan tegang, menarik dan lain-lain supaya tegang, meregangkan:
berapakah panjang spring itu jika tidak ditegangkan?;

2. ki menjadikan genting (perhubungan dan lain-lain), meruncingkan (perselisihan):
peristiwa yang berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut;

mempertegang menjadikan lebih atau bertambah tegang;

tegangan, pertegangan keadaan tegang;
~ permukaan (Fizik) sifat permukaan cecair yang bertindak seolah-olah sebagai lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yang berada di permukaan);

ketegangan
1. perihal atau keadaan tegang;

2. pertentangan yang keras, kegentingan, keruncingan:
~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari;

penegangan proses menegangkan sesuatu:
~ dan pengenduran otot;

penegang alat (bahan, ubat dan sebagainya) yang digunakan untuk menegangkan sesuatu (seperti tali, kulit, urat dan sebagainya):
minyak gamat dijadikan ~ urat;
sedak digunakan sebagai ~ kulit gendang.

berkongsi