tebua

[Kelantan], [Terrenganu] terbuka luas, ternganga:
betis dia ~ kena parang.

tebuan

sejenis serangga yang bersengat (biasanya membuat sarang di pokok), Gespa tropica;
~ meminang anak labah-labah
(peribahasa) jodoh yang tidak sepadan;
sarang ~ jangan dijolok (peribahasa) jangan sengaja mencari bahaya (kesusahan);
seperti ~ di dalam tukil (peribahasa) percakapan yang kurang jelas.

tebuk I

1. lubang yang tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dan lain-lain);

2. lekuk yang dalam (lubang lesung dan lain-lain);

3. berlubang, tembus, tembuk;

bertebuk (telah) ditebuk:
biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung;

menebuk membuat lubang pada, melubangi, menembusi, menggerek:
~ lubang butang;
kelapa ditebuk tupai
(peribahasa) gadis yang telah hilang daranya;

tebukan hasil daripada menebuk, lubang dan lain-lain yang telah ditebuk:
jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit;

penebukan perihal (kerja, proses) menebuk;

penebuk alat untuk menebuk:
~ gabus.

tebus guna

menebus guna menukar (gurun, paya, dan lain-lain) menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman, bangunan, dan sebagainya;

penebusgunaan penukaran (gurun, paya, laut, dan lain-lain) menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman, bangunan, dan sebagainya.

tebus I

bertebus (telah) ditebus:
harta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;

menebus
1. membayar wang untuk mendapatkan kembali barang-barang yang tergadai:
barang-barang yang digadai dahulu sudah ditebus;

2. membeli kembali barang-barang (harta dan lain-lain) yang telah dijual:
kau mesti mengumpulkan wang untuk ~ kembali segala harta ibu bapamu yang kaujual dahulu itu;

3. membayar wang dan lain-lain untuk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dan lain-lain):
orang Quraisy ~ orang tawanan dengan harta benda yang dibayar kepada orang Islam;

4. menukarkan cek dan lain-lain dengan wang di bank:
hendaklah sekolah membuat perhubungan dengan bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini daripada guru-guru yang ~nya;

5. [Indonesia] mengambil barang catuan dan lain-lain dengan menyerahkan kupon dan lain-lain;

6. berbuat jasa (kebaikan dan lain-lain) untuk menghapuskan sesuatu kesalahan (dosa dan lain-lain):
dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya;

7. membela kekalahan (kegagalan dan lain-lain), memulihkan kehormatan (nama baik dan lain-lain), menutup malu:
dengan jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yang telah dialaminya dalam bulan September yang lalu;

8. membalas jasa (budi, kebaikan, dan lain-lain) yang diterima:
tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak;

9. menepati janji dan lain-lain yang telah dibuat, menunaikan (janji dan lain-lain);

10. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dan lain-lain) orang dalam bahaya;

11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dan lain-lain) untuk mendapatkan sesuatu:
kejayaan beliau sekarang ini ditebus dengan pengalaman dan penderitaan hidup yang pahit;

12. mengikat jamin (orang yang ditahan polis dan lain-lain):
ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mahkamah untuk ~ Mak Jah;
~ malu
melakukan sesuatu untuk menutup malu;
~ talak meminta supaya diceraikan dengan membayar kembali mahar kepada suami;

tertebus dapat ditebus;

tebusan
1. sesuatu yang ditebus;

2. (wang dan lain-lain) untuk menebus:
kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yang besar;
~ darah
bela, tuntutan bela;
hamba (orang) ~ orang yang menjadi hamba kerana hutang, budak belian;

penebusan perihal menebus:
maka banyaklah harta yang terkumpul hasil daripada ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;

penebus
1. orang yang menebus;

2. apa yang boleh atau yang digunakan untuk menebus:
darahnya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku;
taraf haji mabrur sahaja yang dapat menjadi ~ kepada segala dosa.