tauliah

1. pelantikan menjadi wali (wakil dan lain-lain), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dan lain-lain):
bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya?

2. surat kuasa (sebagai wakil dan lain-lain), surat kepercayaan;

bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliahnya:
hanya amil-amil yang ~ sahaja yang boleh menerima zakat daripada orang ramai;

mentauliahi memberi tauliah kepada;

mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa:
adalah yang berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;

pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah:
teman wanitanya tidak dapat bersamanya di majlis ~ pegawai kadet itu.

taun II

1. = penyakit ~ sejenis penyakit muntah-muntah dan selalu buang air, kolera:
seorang lagi diberitakan telah mati akibat ~ dalam tempoh dua puluh empat jam yang lalu;

2. musim penyakit menular, hawar, wabak.

taup

bertaup
1. menjadi rapat (benda yang renggang), bertemu rapat (bibir dan lain-lain):
matanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit;

2. melekat menjadi satu, berlekatan:
tangkai-tangkai stamen itu ~ bagi membentuk salur stamen;

taut I.

Taurat

[Arab]

1. kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa:
Tuhan telah menurunkan kitab-kitab seperti ~ kepada Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa, Zabur kepada Nabi Daud, dan Quran kepada Nabi Muhammad;

2. hukum Nabi Musa yang dianut oleh orang Yahudi.

taut I

bertaut
1. menjadi rapat (berkenaan (dengan) sesuatu yang renggang, bercerai, luka, dan lain-lain), berkatup rapat-rapat:
kemudian bibir mereka ~ beberapa detik;

2. bercantum, berpaut (pada, dengan):
sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangannya diramas;
~ tangan
berjabat (berpegangan) tangan;

3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pada, dengan):
corong asap dari rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yang kelabu ~ dengan kabut pekat di udara;

4. berpusat (pada, pandangan, dan lain-lain), bertumpu (pada):
fikirannya ~ pada soal pelajaran;

5. bertemu (sungai dengan sungai dan lain-lain):
mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing melebar;

6. berhubungan (dengan), bertalian (dengan), berkaitan (dengan):
kesihatan badan ~ rapat dengan kebahagiaan hidup;

menauntukan, mempertauntukan
1. menjadikan bertaut kembali;
kaca dengan sekali banting dapat dihancurkan, tetapi mempertauntukannya kembali, tidak semudah itu;

2. memperhubungkan (dengan), mempertalikan (dengan), mempertemukan:
bilakah akan dapat dipertauntukan dan diperdekatkan perhubungan Amerika dengan Eropah;

3. memusatkan (dengan), menyatukan (dengan):
perintah itu bertujuan untuk ~ golongan-golongan antara manusia;

4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pada;

tautan hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman:
kesan yang negatif ini mungkin ada ~nya dengan kejadian yang lalu;

pertautan perihal bertaut, perhubungan, pertalian:
puisi adalah hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar;

taup.