tawakal

berserah kepada Tuhan setelah berikhtiar, percaya dengan sepenuh hati kepada Tuhan (dalam penderitaan, kesusahan, dan lain-lain):
fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah;
habis akal baru ~
sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kepada Allah;

bertawakal berserah kepada Tuhan setelah berikhtiar, tawakal:
manusia hanya perlu berusaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin;

ketawakalan keadaan tawakal:
hal tersebut diandaikan sebagai suatu ~ kepada kekuasaan Allah.

tawan I

menawan
1. menangkap atau menahan musuh dan lain-lain (dalam peperangan dan lain-lain):
bapanya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia;

2. merampas dan lain-lain harta musuh, menjarah, merebut:
tentera payung terjun dengan serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dari tangan musuh;

3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, menarik) hati:
wajah yang menarik dan budi bahasa yang ~ membuat Badrul ingin meneruskan persahabatan;
banyak dia berkorban untuk ~ hati gadis itu;

4. menguasai:
mereka sentiasa berusaha untuk ~ perhatian negara jiran;

tertawan
1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dan lain-lain), tertangkap:
anak raja Kelantan yang perempuan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka;

2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki:
dengan ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dengan Filipina;

3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya:
telah ia memandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya;

tawanan
1. orang yang ditawan:
ia telah menjadi ~ musuh;

2. apa yang ditawan (daripada musuh), rampasan, jarahan:
barang ~ ;
~ karang [sastera lama] barang-barang (kapal dan lain-lain) yang dirampas kerana terkandas di pantai;

penawanan perihal (perbuatan dan sebagainya) menawan;

penawan
1. orang yang menawan;

2. alat untuk menawan.

tawan III

akar ~ hutan sejenis tumbuhan (pokok memanjat) akar larah (jintik), kedunak, pokok keldai, Fissistigma mabiforme.

tawar I

1. tidak berasa apa-apa (makanan, minuman, dan lain-lain), hambar, campah, tidak cukup rasa masinnya atau rasa manisnya:
beliau menuang air teh ~ dari teko;

2. tidak masin (berkenaan (dengan) air di tasik dan lain-lain):
air sungainya itu ~ sampai ke laut;
air ~

a) air yang tidak masin;
b) air biasa yang tidak dimasak;

3. tidak manjur (ubat, guna-guna, mantera, dan lain-lain), tidak mujarab, tidak mustajab, hilang kekuatannya (tentang bisa, racun, dan lain-lain):
semua mantera dan jampinya ~ belaka;

4. [kiasan] hilang minat, tidak girang (gembira), tidak berkemahuan, tidak bernafsu, dingin, hilang keberanian:
hatiku ~ benar untuk berbual-bual lagi;

5. hilang kemarahan, tidak marah lagi, sudah sejuk hati;

6. tidak sedap (pada pendengaran dan lain-lain), tidak bersemangat (cerita, pidato, dan lain-lain):
pidatonya ~ dan tidak bersemangat;~-hambar (-mawar) tawar sekali;
~ hati tidak bersemangat (berkemahuan) lagi;
~ hebiak [Kedah] terlalu tawar (makanan) sehingga tidak terasa masin atau manisnya;
~ ipuh jampi untuk menghilangkan bisa ipuh;
jika secawan air ~ dibuangkan ke laut, bolehkah air laut itu menjadi ~? (peribahasa) bolehkah nasihat atau pertolongan yang sedikit itu menghilangkan kejahatan yang banyak (mengayakan orang miskin);

tawar-tawar setawar, sitawar;

menawar menghilangkan bisa racun dan lain-lain (dengan jampi dan lain-lain):
digunakan segala jampi mantera dan ilmu hikmat yang dipelajari dahulu itu bagi ~ bisa racun itu;

menawari
1. mengubat (dengan jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dan lain-lain), menjampi, memanterai, menambari:
ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh;

2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan):
dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengannya;

3. menghilangkan (menyejukkan) kemarahan dan lain-lain, meredakan (kemarahan dan lain-lain):
ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi;

menawarkan
1. menyebabkan (menjadikan) tawar;

2. memanterai supaya hilang bisa (penyakit dan lain-lain), menjampi supaya hilang kekuatan:
dihembuskan tangkal hantu pari, tangkal hantu air pun ditawarkan;

3. = ~ hati menjadikan tawar hati;

ketawaran perihal tawar;

penawaran perbuatan menawar (menawari, menawarkan);

penawar
1. ubat dan lain-lain untuk menghilangkan bisa (racun, penyakit, dan lain-lain):
carikan ~ untuk mengubati penyakitnya itu;

2. mantera, jampi untuk menawarkan (penyakit dan lain-lain);

3. (sesuatu) yang menyenangkan hati (yang duka), (sesuatu) yang menghilangkan atau mengurangkan perasaan sedih (dukacita dan lain-lain):
~ rindu;~ hati ki orang (suami, isteri, anak, dan sebagainya) yang menyenangkan hati;
~ jampi ubat serabut daripada tumbuh-tumbuhan (paku pakis) untuk menahan darah keluar.

tawar II

[bahasa percakapan] = menawar;
bidan ~ bidan yang diundang (ditempah) terlebih dahulu, lawan bidan terjun;
adat dagang, tahan ~ barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya;

bertawar-tawaran tawar-menawar;

menawar
1. menyebut harga (sewa dan lain-lain) yang berani dibayar, minta membeli (menyewa sesuatu):
sehelai kain panjang perkalungan, sudah ditawarnya lapan rupiah;

2. meminta dikurangkan harga dan lain-lain yang ditetapkan oleh penjual:
Pak Dolah tidak ~ lagi, dia mengeluarkan duit dari dalam dompetnya dan membayar;

3. menyebuntukan berapa kurangnya daripada harga yang diletakkan oleh penjual dan lain-lain:
boleh ~ sedikit;

tawar-menawar saling meminta dikurangkan harganya (sewanya, tuntutan, dan lain-lain):
dengan tiada bertangguh dan tiada ~ lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; kuasa ~ mereka lebih kuat lagi daripada seluruh kekuatan negara masing-masing;

menawari [arkaik] mengunjuk seseorang supaya dibeli (disewa, dipakai, dan lain-lain):
seorang pemuda yang sedang duduk telah bangun dan ~ gadis itu tempat duduknya;

menawarkan mengunjukkan (mengemukakan dan sebagainya) sesuatu supaya dibeli (dipakai, diterima, dan lain-lain), menyatakan kesediaan memberikan dan sebagainya sesuatu (seperti pertolongan, khidmat, dan lain-lain):
seorang anak Cina mendekati dan ~ barang-barang jajaannya;
kemudian dia sendiri duduk dan dengan santun ~ rokok kepada tamu-tamunya;
dalam hal ini Persatuan ~ khidmat pada peringkat permukaan;

tawaran
1. harga yang dikemukakan oleh pembeli (penyewa dan lain-lain):
~ dipelawa bagi menyewa gerai menjual minuman;

2. sesuatu yang ditawarkan:
mendengar ~ gaji tinggi yang dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar;
dia menolak ~ orang tua itu untuk dijodohkan dengan seorang pemuda;

3. sebut harga (upah) untuk membuat sesuatu:
~ daripada pemborong untuk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari;

penawaran perihal menawar(kan):
kedua-dua ~ dan penerimaan ini mestilah diucapkan dalam satu perjumpaan;
sebarang bencana alam atau kegagalan tanaman akan menyebabkan ~ beras dunia semakin berkurangan;

penawar orang yang menawar, pemohon, pelamar.