tautofoni

(Linguistik) pengulangan dua kata berima secara berdampingan, misalnya kuih-muih dan kaya-raya.

tautologi

(Linguistik) pengulangan sesuatu idea (kata, ungkapan dan sebagainya) secara berlebihan tanpa pertambahan kejelasan maksudnya.

tawa

perbuatan melahirkan rasa suka (dengan suara terkekeh-kekeh dan lain-lain):
kuat sungguh bunyi ~nya;
~ orang-orang yang sedang berseloroh itu kedengaran lagi;
Tuan Haji Fuad mendengar deraian ~ ratusan muridnya;

tertawa melahirkan rasa suka (senang hati) dengan suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak:
kemudian ia ~ kuat-kuat;
~ kecil
ketawa yang tidak kuat;
~ besar = ~ terbahak-bahak ketawa dengan keras dan nyaring;

mentertawai
1. tertawa terhadap;

2. menghina, mengejek;

mentertawakan
1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan:
murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yang ditertawakan oleh gurunya itu;

2. tertawa terhadap sesuatu:
dia ditertawakan kerana kelucuannya;

3. tertawa kerana melihat sesuatu, mengejek, mencemuh:
Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah;
dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup;

tertawaan bahan ketawa:
kelakuannya yang kebudak-budakan itu menjadi ~ orang.

ketawa tawa;

mengetawai mentertawai;

mengetawakan mentertawakan.

tawaduk I

[Arab]

1. merendahkan diri, tidak angkuh:
antara sifat-sifatnya ialah sifat ~, tidak haloba kepada kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini;
dengan khusyuk dan ~
dengan sungguh-sungguh (sebulat) hati;

2. patuh, setia, taat (dalam mengerjakan sesuatu):
syahadan, ialah yang sangat ~nya akan Allah Subhanahuwataala.

tawaf

[Arab] mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat tertentu sambil berdoa (berkenaan (dengan) orang yang sedang mengerjakan haji atau umrah):
pekerjaan yang berhubung dengan umrah, iaitu ~ dan sai;
~ berpisah
= ~ widak tawaf yang dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji ketika hendak keluar meninggalkan Mekah;
~ ifadat tawaf rukun dalam ibadat haji dan umrah;
~ qudum = ~ tiba tawaf kerana selamat tiba di Kaabah yang dilakukan oleh setiap orang yang baru masuk ke Mekah sebaik-baik sahaja tiba di sana;
~ sunat tawaf biasa yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja;

bertawaf melakukan (mengerjakan) tawaf:
sedang saya ~ di Baitullah dalam orang bersesak-sesak tiba-tiba tangan saya dilanggar oleh orang perempuan yang sama-sama sedang melakukan tawaf.

tawajuh

[Arab] penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pada Allah;
hati ~ hati yang dihadapkan kepada Tuhan;

bertawajuh memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap fikiran dan lain-lain pada Tuhan:
aku pernah pula mengunci diriku dalam kamar dengan tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~.