[Cina] sejenis sayur dari kecambah kacang hijau.
tauhid
[Arab] keesaan atau ketunggalan (Allah);
ilmu ~ ilmu berkenaan keesaan Allah;
dengan ~ hati dengan sepenuh-penuh hati, dengan bulat hati;
kuat ~nya kuat kepercayaannya (imannya) yang Allah itu esa;
mentauhidkan
1. mengakui bahawa Tuhan itu esa (satu);
2. mengesakan, menyatukan, menumpukan hati, memusatkan (hati);
ketauhidan yang berkaitan dengan tauhid, tauhidiah;
ilmu ~ ilmu tauhid.
tauhidiah
[Arab] (mengenai) keesaan Tuhan.
tauhu I
[Cina] sejenis makanan yang dibuat daripada pati kacang kedelai (soya).
tauhu II
pucuk ~ sejenis sayuran kering dari kacang kedelai (soya).
tauk
[Kedah];
menauk
1. membuang (melemparkan, mencampakkan) sesuatu;
~ langkah mengangkat langkah, melangkah;
~ sauh mencampakkan sauh;
2. menangguk ikan.
tauke
[Cina] tuan punya badan perniagaan (kedai dan lain-lain), peniaga, saudagar:
~ Cina tempat aku membeli kipas.
taukua
[Cina] tauhu.
taul
[arkaik];
menaul menambat pengayuh (dayung) pada birai perahu, menggantungkan sauh pada birai perahu.
tauladan
teladan.