adat sopan santun dan budi pekerti yang baik.
tatatertib
peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi, disiplin.
tatatingkat
hierarki:
salah satu peraturan ialah wujudnya ~ dalam hubungan antara individu dalam sesebuah keluarga.
tataurusan
cara dan peraturan untuk mengurus sesuatu, sistem pengurusan:
~ syarikat itu akan disusun semula.
tatausaha
urusan pentadbiran negara;
penatausaha orang yang mentadbirkan tatausaha.
tatera
burung ~ sejenis burung, ayam pegar, Lophura ignita rufa.
tatih
bertatih-tatih, tertatih-tatih
1. berjalan selangkah demi selangkah dengan huyung-hayang (kanak-kanak yang mulai belajar berjalan);
2. [kiasan] baru mencuba-cuba berusaha (perniagaan dan lain-lain), baru belajar:
orang Melayu yang dengan modal sekelumitnya baru hendak ~ dalam bidang perniagaan;
menatih memimpin kanak-kanak untuk belajar berjalan.
tating I
menating membawa (mengangkat) sesuatu di atas tapak tangan, menatang, menayang;
menatingkan mengangkatkan sesuatu di atas tapak tangan, menatangkan:
maka Poniemlah yang menyenduk, sedang yang ~ ke muka ialah Mariatun;
tatang, tayang I.
tating II
1. sejenis renda hiasan yang disirat daripada benang:
benang itu disirat-siratnya menjadi ~;
2. proses membuat renda hiasan secara menyirat-nyirat benang dengan menggunakan cuban.
tatkala
ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu):
~ itu anak miskin itu pun masuklah.