tawan I

menawan
1. menangkap atau menahan musuh dan lain-lain (dalam peperangan dan lain-lain):
bapanya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia;

2. merampas dan lain-lain harta musuh, menjarah, merebut:
tentera payung terjun dengan serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dari tangan musuh;

3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, menarik) hati:
wajah yang menarik dan budi bahasa yang ~ membuat Badrul ingin meneruskan persahabatan;
banyak dia berkorban untuk ~ hati gadis itu;

4. menguasai:
mereka sentiasa berusaha untuk ~ perhatian negara jiran;

tertawan
1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dan lain-lain), tertangkap:
anak raja Kelantan yang perempuan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka;

2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki:
dengan ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dengan Filipina;

3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya:
telah ia memandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya;

tawanan
1. orang yang ditawan:
ia telah menjadi ~ musuh;

2. apa yang ditawan (daripada musuh), rampasan, jarahan:
barang ~ ;
~ karang [sastera lama] barang-barang (kapal dan lain-lain) yang dirampas kerana terkandas di pantai;

penawanan perihal (perbuatan dan sebagainya) menawan;

penawan
1. orang yang menawan;

2. alat untuk menawan.

berkongsi