bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.
tamin
[Kelantan] alat untuk memotong padi, tuai.
taming
[Jawa] perisai.
tampa
salah ~ salah sangka, salah kira, salah terima:
aku bertanyakan perempuan itu hanya supaya jangan salah ~, salah raba kelak;
menampa
1. menyangka, menganggap, mengira:
jikalau di dalam sunyi mahulah hamba kalau hamba ditampa Raja Umar;
2. mengerti (pendapat, fikiran orang lain), memahami, menerima.
tampah I
[Jawa] nyiru.
tampah II
[Minangkabau] tempah.
tampak I
1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan:
di sana sini ~ pula pohon kelapa;
2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari):
lama benar ia tidak ~;
pada bulan ~ [Indonesia] pada satu hari bulan;
3. nyata kelihatan, ketara:
~ kasih sayangnya;
~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting (peribahasa) mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut;
tampaknya kelihatannya, pada zahirnya, rupanya:
meletusnya perang dengan Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi;
tampak-tampak
1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dengan nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak;
tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul);
2. sebentar-sebentar terbayang (dalam ingatan, fikiran, dan lain-lain);
menampak (dapat) melihat, nampak:
kalau ia berjalan-jalan dalam kota dan ~ rumah yang besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang;
menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan:
kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;
tertampak terlihat, kelihatan, ternampak;
ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dalam keadaan cahaya atau cuaca tertentu:
istilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ~nya kurang daripada satu kilometer.
tampak II
sakit ~ sakit campak;
tampek.
tampal I
1. perca kain dan lain-lain yang dilekatkan (dijahitkan) untuk menutup barang yang koyak:
~ itu mesti menutup bahagian yang nipis di sekeliling tempat yang koyak;
2. benda yang dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat;
bertampal
1. memakai tampal:
kain alas ini boleh dibuat daripada kain cadar yang lama tetapi tidak koyak atau ~;
2. = ~ dengan bertambal dengan (pelekat, iklan, dan lain-lain):
bangunan-bangunan yang indah itu di sana sininya ~ dengan iklan;
menampal
1. membubuh tampal pada (baju dan lain-lain yang koyak), melekatkan tampal pada, menampung:
baju yang koyak itu sudah ditampal;
2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dan lain-lain) pada, menampalkan pada (dengan gam dan lain-lain):
dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dengan gambar seorang calon pilihan raya;
3. menyumbat atau memalam (gigi yang berlubang);
menampali [sastera lama] memberi bertampal dengan, menampal dengan:
dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yang besar-besar;
menampalkan
1. melekatkan perca kain dan lain-lain pada;
2. merekatkan (turap, lepa, dan lain-lain) pada:
dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pada segenap simpang;
~ kersik ke buluh (peribahasa) tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya;
tertampal
1. sudah ditampal dengan;
2. terlekat pada, tertempel pada:
suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab;
tampalan sesuatu yang ditampal:
di dinding rumah itu penuh dengan ~ surat khabar;
juita bukan kerana pakaian yang indah-indah dan emas perak yang gilang-gemilang, bukan kerana ~ dari luar;
penampalan perbuatan (kerja dan sebagainya) menampal;
penampal sesuatu (perca kain, kulit, dan lain-lain) yang digunakan untuk menampal:
perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.
tampal II
~ besi
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), capal (kecil), karat besi, tampah besi, Callicarpa longifolia;
b) sejenis tumbuhan (pokok), kayu darah belut, Phyllanthus reticulatus.