tampak I

1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan:
di sana sini ~ pula pohon kelapa;

2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari):
lama benar ia tidak ~;
pada bulan ~
[Indonesia] pada satu hari bulan;

3. nyata kelihatan, ketara:
~ kasih sayangnya;
~ duri tak akan mengait
= ~ ranggas tak akan meleting (peribahasa) mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut;

tampaknya kelihatannya, pada zahirnya, rupanya:
meletusnya perang dengan Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi;

tampak-tampak
1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dengan nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak;
tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul);

2. sebentar-sebentar terbayang (dalam ingatan, fikiran, dan lain-lain);

menampak (dapat) melihat, nampak:
kalau ia berjalan-jalan dalam kota dan ~ rumah yang besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang;

menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan:
kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;

tertampak terlihat, kelihatan, ternampak;

ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dalam keadaan cahaya atau cuaca tertentu:
istilah ini ditakrifkan sebagai kekaburan yang ~nya kurang daripada satu kilometer.

berkongsi