1. perca kain dan lain-lain yang dilekatkan (dijahitkan) untuk menutup barang yang koyak:
~ itu mesti menutup bahagian yang nipis di sekeliling tempat yang koyak;
2. benda yang dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat;
bertampal
1. memakai tampal:
kain alas ini boleh dibuat daripada kain cadar yang lama tetapi tidak koyak atau ~;
2. = ~ dengan bertambal dengan (pelekat, iklan, dan lain-lain):
bangunan-bangunan yang indah itu di sana sininya ~ dengan iklan;
menampal
1. membubuh tampal pada (baju dan lain-lain yang koyak), melekatkan tampal pada, menampung:
baju yang koyak itu sudah ditampal;
2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dan lain-lain) pada, menampalkan pada (dengan gam dan lain-lain):
dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dengan gambar seorang calon pilihan raya;
3. menyumbat atau memalam (gigi yang berlubang);
menampali [sastera lama] memberi bertampal dengan, menampal dengan:
dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yang besar-besar;
menampalkan
1. melekatkan perca kain dan lain-lain pada;
2. merekatkan (turap, lepa, dan lain-lain) pada:
dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pada segenap simpang;
~ kersik ke buluh (peribahasa) tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengarnya;
tertampal
1. sudah ditampal dengan;
2. terlekat pada, tertempel pada:
suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab;
tampalan sesuatu yang ditampal:
di dinding rumah itu penuh dengan ~ surat khabar;
juita bukan kerana pakaian yang indah-indah dan emas perak yang gilang-gemilang, bukan kerana ~ dari luar;
penampalan perbuatan (kerja dan sebagainya) menampal;
penampal sesuatu (perca kain, kulit, dan lain-lain) yang digunakan untuk menampal:
perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.