~ hantu sejenis tumbuhan (pokok), sepetir, sepetir (hantu, senduk), Sindora wallichii.
tampas
[arkaik] pepat dan rata (seperti dipangkas);
menampas memotong (memaras, memangkas) supaya rata dan licin, memepat rata.
tampek
[Jakarta] tampak, campak.
tampel
[Jakarta];
bola ~ permainan tenis;
bulu ~ permainan bulu tangkis, badminton;
menampel menepis, menangkis.
tampi
bertampi ditampi:
beras itu masih belum ~ lagi;
menampi
1. membersihkan beras (padi, kacang, dan lain-lain) dengan nyiru yang digerak-gerakkan:
sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yang besar daripada yang lebih kecil;
2. [kiasan] menapis untuk memilih yang elok:
sudah kami tampi maksud tuan itu;
3. bergerak-gerak turun naik (dada dan lain-lain), termengah-mengah (nafas):
dada saya ~ lebih keras daripada biasa, badan saya berasa seram sejuk;
darah ~ berdebar-debar (kerana terperanjat dan lain-lain);
kalau ~ jangan tumpah padinya (peribahasa)
a) jikalau bekerja hendaklah dibuat dengan baik-baik;
b) jikalau memilih sesuatu janganlah pula barang yang berguna sampai terbuang;
tampian penampi;
penampi alat untuk menampi (nyiru, badang, dan lain-lain):
pagi-pagi lagi mereka telah turun ke sawah membawa ~.
tampik I
menampik tidak mahu menerima (memenuhi), menolak (pinangan, pemberian, permintaan, dan lain-lain):
dia tidak dapat ~ ajakan sahabat karibnya;
tampikan sesuatu yang telah ditampik.
tampik II
tempik.
tampik III
[Brunei];
setampik sebelah, sekerat;
menampik membelah (buah, kayu, dan lain-lain).
tampil
= menampil ark
1. datang atau melangkah ke hadapan (ke muka), maju ke muka:
sebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu, tiba-tiba ~ seorang panglima dari pihak orang Musyrikin;
2. mengambil peranan, mengambil daya usaha:
kita harap banyak lagi wanita kita ~ ke depan untuk memenuhi lapangan ini;
menampilkan
1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan:
maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajahnya mengusir Seri Nara Diraja;
penulis ~ karya yang memberatkan tema-tema persoalan;
2. memperlihatkan, menampakkan, menunjukkan:
orang yang berwajah murung itu kini ~ senyuman;
penampilan perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu:
kesan seninya akan mengatasi kesan ~ pengarang sebagai dalang.
tampin I
1. pembungkus yang dibuat daripada daun nipah (untuk membungkus sagu, belacan, dan lain-lain);
sagu ~ sagu mentah;
sagu se~ sagu sebungkus;
sirih se~ sirih sekapur;
2. [Kelantan] bekas dan lain-lain tempat tembakau, lopak, celepa.