tambul I

1. makanan (kuih dan lain-lain) yang dihidangkan bersama minuman:
setelah sudah, maka diangkat pula minuman dengan ~, pelbagai rupadan rasanya;

2. minuman yang dihidangkan (untuk menyegarkan badan);

bertambul dihidangkan dengan tambul:
sayang kita minum ini tiada ~, jika ada gerangan tambulnya alangkah baiknya;

tambur II

tambul II

[arkaik];

bertambul, menambul
1. bermain silap mata (sihir dan lain-lain);

2. menunjukkan kepandaian gerak badan (melompat, meniti kawat, dan lain-lain);

penambul
1. pemain silap mata;

2. pelawak, tukang lawak.

tambun I

gemuk (orang, binatang), berisi:
tubuhnya semakin hari semakin ~;

menambunkan menjadikan tambun (badan), menggemukkan;

tembun.

tambun II

[Minangkabau] timbun (tanah dan lain-lain), longgok, tompok;

bertambun, bertambun-tambun
1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok:
sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun;

2. [kiasan] penuh sesak, berjedal-jedal;

menambun menimbun, melonggok, menompok:
tanah bendang Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung;

tambunan timbunan, longgokan, tompokan;
~ budi lubuk akal orang yang bijak (cerdik pandai).

tambur I

1. sejenis alat muzik (Eropah) yang dipukul, dram, genderang;

2. = tukang ~ pemain (pemukul) genderang.

tambura

sejenis alat bunyi-bunyian bertali empat dan berleher panjang yang digunakan dalam muzik India untuk menghasilkan bunyi dengung.

tambus

[Jakarta];

menambus membakar (ubi dan lain-lain) dalam bara atau abu hangat, membembam:
~ ubi;

tertambus terbakar;
mati ~ mati terbakar.