pokok ~ bukit = tambak-tambak sejenis tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, sembung hutan, Vernonia cinerea.
tambal I
[Jawa] perca kain dan lain-lain yang dilekatkan pada tempat yang koyak (sobek dan sebagainya), tampal:
lihat kain sarungmu, pelekat Jerman yang tidak terhitung lagi banyak ~nya;
menambal melekatkan tambal pada tempat yang koyak (bocor dan sebagainya), menampal:
dijahit layar mana yang koyak, ditukar mana yang usang, biduk ditambal mana yang tiris;
tambalan apa yang ditampal, tampalan:
bajunya bersih biarpun penuh ~;
tampal I.
tambal II
pokok ~ sejenis tumbuhan (pokok), pokok tampal, pokok tupai, Polyosma laetevirens.
tamban
sejenis ikan laut, Clupea spp.;
~ beluru sejenis ikan laut, Clupea leiogaster;
~ betul = ~ nipis sejenis ikan laut, Clupea peforata;
~ bontok sejenis ikan laut, Clupea jussieu;
~ bujur (jalur, lopek, panjang, siantan) sejenis ikan laut, Clupea fimbriata;
~ bulat (japuh, jebuh, jepuh) sejenis ikan laut, Dussumieria hasseltii;
~ cencang rebung sejenis ikan laut, Clupeoides lile;
~ setu sejenis ikan laut, Clupea dispilonotus;
~ sisik
a) sejenis ikan laut, Clupea jussieu;
b) sejenis ikan laut, Clupea melanura.
tambang I
lubang yang digali untuk mengambil hasil bumi (emas, bijih timah, minyak, dan lain-lain), lombong;
~ besi lombong besi;
~ emas lombong emas;
barang-barang ~ bahan galian dari bumi (besi, emas, arang batu, dan lain-lain);
menambang menggali hasil bumi dari tanah, melombong (bahan tambang);
pertambangan segala sesuatu mengenai tambang, perlombongan.
tambang II
1. = wang ~ = harga ~ bayaran untuk membawa barang-barang dan lain-lain dengan kenderaan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan:
kepulangannya itu adalah untuk menerima wang daripada datuknya untuk dibuat ~ belayar ke Mekah;
2. yang disewakan (kereta dan lain-lain), yang membawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan:
kereta ~;
perahu ~;
sampan ~;
3. penumpang atau muatan kenderaan dengan membayar sewa;
~ malam [Perlis] tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi;
menambang
1. menaiki kereta (sampan dan lain-lain) tambang:
maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut;
2. mengangkut penumpang(muatan) dengan kereta (sampan dan lain-lain) tambang;
3. bekerja sebagai pembawa kereta (sampan dan lain-lain) tambang;
menambangkan menyewakan kereta dan lain-lain;
tambangan
1. perahu (sampan) tambang;
2. pangkalan tempat penumpang menyeberang dengan perahu (sampan) tambang;
3. wang tambang;
penambangan perihal menambang (menambangkan);
penambang orang yang mengangkut penumpang dengan perahu tambang;
perahu ~ perahu tambang.
tambang III
[Jakarta] tali yang besar untuk menambat binatang pada pokok (tiang dan lain-lain);
~ manuk simpul manuk;
menambang [kiasan] tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula menceraikannya), menggantung tidak bertali;
menambangkan;
~ layar mengembangkan layar dengan tali.
tambang IV
[Minangkabau] pancang untuk tambatan binatang;
menambangkan menambatkan (mengikat) binatang.
tambang V
= ~ sisir sejenis tumbuhan (pokok renek), medang ketanah, medang merah, medang panjang, Ardisia teysamanniana.
Tambanuo suku kaum peribumi di Sabah, termasuk dalam rumpun kaum Kadazan Dusun.
tambar
[sastera lama] ubat, penawar;
menambari mengubati (menawari) penyakit.