taman I

1. kebun yang ditanami dengan pelbagai bunga-bungaan (untuk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga;

2. [kiasan] tempat bersiar-siar (mengambil angin dan lain-lain);

3. [Jawa] tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan);

4. kawasan perumahan yang terancang (lengkap dengan kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain):
T~ Tun Dr Ismail;
~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak
tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dan lain-lain, taska, tabika;
~ bacaan
a) ruangan atau rumah tempat membaca buku;
b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah;
~ bahagia
a) tempat menikmati kebahagiaan;
b) makam untuk pahlawan (yang telah terkorban dalam peperangan);
~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dengan salah suatu istiadat);
~ botani kawasan yang ditanami pelbagai spesies tumbuhan untuk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi;
~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika;
~ hiburan tempat bersuka ria (dengan berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dan lain-lain);
~ hutan (Perhutanan) kawasan hutan yang diurus sebagai kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah;
~ larangan [sastera lama] taman bunga khas untuk puteri-puteri diraja sahaja;
~ negara kawasan hutan milik negara yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah;
~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang);
air se~ air yang bercampur dengan berbagai-bagai bunga;

pertamanan hal yang berkaitan dengan taman:
minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pada akhir-akhir ini sangat menggalakkan;
urusan ~.

tamat

1. sudah dibaca (diceritakan dan lain-lain) hingga akhirnya, khatam;
~ mengaji
a) sudah khatam Quran;
b) sudah siap mengaji;
~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran;
~ riwayatnya sudah mati;

2. berakhir, habis, selesai:
perkhidmatannya akan ~ pada tahun depan;

menamatkan
1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis:
bagaimana caranya yang baik hendak ~ cerita ini?;

2. menjadikan tamat, menghabiskan, menyelesaikan, menyudahkan:
ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil;
ia mesti ~ khidmatnya setakat ini;

tamatan yang sudah tamat belajar (di), yang lulus (dr):
~ sekolah menengah;
tanda ~
[Indonesia] sijil, ijazah;

penamatan perbuatan dan sebagainya menamatkan atau mengakhiri:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dengan Kepulauan Marshall;
adakalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dengan memberhentikan sahaja proses kaunseling;

penamat yang terakhir, pengakhir, penutup, penyudah.

tambah

1. sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh:
berapa ~nya ukuran dada apabila dikembangkan?;
minta ~
minta lebih banyak, minta dilebihkan;
tukar ~ menukar barang dengan wang;

2. [bahasa percakapan] = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dan lain-lain):
maka tentulah aku ~ gembira lagi;

3. [bahasa percakapan] = ditambah dijadikan lebih banyak (besar, luas, dan lain-lain), ditokok, dijumlahkan:
jika tawar ~lah gula lagi;
tanda ~
tanda campur;

4. = bertambah semakin:
lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang wanita yang kasar dan garang;
~ sentara
yang ditambah untuk keperluan sementara (berkenaan (dengan) pekerja);

bertambah
1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dan lain-lain):
makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu;

2. diberi tokok (tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok):
pendapatannya ~ lima puluh ringgit;

3. semakin:
hujan ~ lebat;
~ kurang
semakin kurang, berkurangan;
~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi:
imam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yang jahil;
~ semakin kurang
(peribahasa) perihal kawan yang datang bukan untuk membantu melainkan menambahkan kesusahan;

bertambah-tambah
1. sentiasa bertambah, bertambah dengan beransur-ansur:
diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya;

2. semakin (banyak, besar, kuat, dan lain-lain):
lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir;
~ lagi
= ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula:
maka ~ pula picik pengetahuanku dalam ilmu mengarang;

menambah
1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dan lain-lain):
garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi;
menerima ini bererti ~ beban;

2. memberi tambah, menokok:
memang ada peluang ~ jenis barang yang dikeluarkan;

3. menjumlahkan dengan, mencampur:
gajinya ditambah dengan gaji isterinya menjadikan gaji mereka berganda;

4. = ~ kata melanjuntukan kata:
beliau ~ , tidak seorang pun kawan saya dalam kabinet yang menunjukkan minat dalam lumba kuda;

menambahi memberi tambah pada, menokok (mengimbuh, menambah) pada:
~ apa yang kurang;

menambahkan menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dan lain-lain):
bunga wang itu ditambahkan pada pokoknya;

mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, memperluas:
adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri;

tambahan
1. sesuatu yang ditambahkan pada, imbuh, tokok:
peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan;

2. sesuatu (surat, keterangan, dan lain-lain) yang dilampirkan, lampiran, pelengkap;
~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi;
kata ~ kata yang menerangkan kata kerja atau kata sifat;

pertambahan perihal bertambah:
penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;

penambahan
1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pada;

2. perihal memberi imbuhan pada kata pokok;

penambah
1. sesuatu yang menambah;

2. imbuhan (yang ditambah pada kata pokok);

3. angka yang bercampur dengan angka lain.

tambah baik

bertambah baik menjadi semakin baik;

penambahbaikan perihal (proses, perbuatan, tindakan dan sebagainya) menjadikan bertambah baik:
laman web ini secara keseluruhannya masih lagi dalam proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat akan dimasukkan dari semasa ke semasa;
kualiti penerbitan masih terbuka luas untuk dilakukan ~.

tambak I

1. timbunan tanah dan lain-lain untuk menahan air, bendung, benteng, gili-gili;

2. jalan dan lain-lain yang dibuat daripada timbunan tanah dan lain-lain menyeberangi selat (tanah bencah dan lain-lain):
kalau hendak membuat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yang bertepi curam;

3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) untuk memelihara ikan, tebat;

menambak
1. menimbunkan (melonggokkan) tanah dan lain-lain supaya tinggi:
ia melihat tanah yang tinggi seperti ditambak;

2. menimbun (lubang dan lain-lain) dengan tanah dan lain-lain, menimbus:
jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung;

3. menurap jalan dan lain-lain dengan tanah, melepa, menampali;

4. membina tambak pada, membuat benteng pada, membentengi dengan tambak:
mereka sedang ~ tebing sungai itu dengan tanah;

5. [kiasan] memberi (barang) banyak-banyak kepada, menghadiahkan banyak-banyak;

6. [kiasan] melepa ubat pada, membubuh ubat (pada luka dan lain-lain);

7. [kiasan] menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dan lain-lain), membendungi;
~ gunung menggarami laut (peribahasa) memberi pertolongan kepada orang yang sekali-kali tidak perlu ditolong;

penambak sesuatu yang dijadikan tambak (tanah, batu, dan lain-lain):
tanah itulah hendak dibuatnya ~ di seberang sini.