1. sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh:
berapa ~nya ukuran dada apabila dikembangkan?;
minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan;
tukar ~ menukar barang dengan wang;
2. [bahasa percakapan] = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dan lain-lain):
maka tentulah aku ~ gembira lagi;
3. [bahasa percakapan] = ditambah dijadikan lebih banyak (besar, luas, dan lain-lain), ditokok, dijumlahkan:
jika tawar ~lah gula lagi;
tanda ~ tanda campur;
4. = bertambah semakin:
lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah seorang wanita yang kasar dan garang;
~ sentara yang ditambah untuk keperluan sementara (berkenaan (dengan) pekerja);
bertambah
1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dan lain-lain):
makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu;
2. diberi tokok (tambah) supaya menjadi lebih banyak, mendapat tambah (tokok):
pendapatannya ~ lima puluh ringgit;
3. semakin:
hujan ~ lebat;
~ kurang semakin kurang, berkurangan;
~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi:
imam khatib lagi berdosa, ~ pula kita yang jahil;
~ semakin kurang (peribahasa) perihal kawan yang datang bukan untuk membantu melainkan menambahkan kesusahan;
bertambah-tambah
1. sentiasa bertambah, bertambah dengan beransur-ansur:
diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya;
2. semakin (banyak, besar, kuat, dan lain-lain):
lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir;
~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula:
maka ~ pula picik pengetahuanku dalam ilmu mengarang;
menambah
1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dan lain-lain):
garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi;
menerima ini bererti ~ beban;
2. memberi tambah, menokok:
memang ada peluang ~ jenis barang yang dikeluarkan;
3. menjumlahkan dengan, mencampur:
gajinya ditambah dengan gaji isterinya menjadikan gaji mereka berganda;
4. = ~ kata melanjuntukan kata:
beliau ~ , tidak seorang pun kawan saya dalam kabinet yang menunjukkan minat dalam lumba kuda;
menambahi memberi tambah pada, menokok (mengimbuh, menambah) pada:
~ apa yang kurang;
menambahkan menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dan lain-lain):
bunga wang itu ditambahkan pada pokoknya;
mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, memperluas:
adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri;
tambahan
1. sesuatu yang ditambahkan pada, imbuh, tokok:
peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan;
2. sesuatu (surat, keterangan, dan lain-lain) yang dilampirkan, lampiran, pelengkap;
~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi;
kata ~ kata yang menerangkan kata kerja atau kata sifat;
pertambahan perihal bertambah:
penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;
penambahan
1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pada;
2. perihal memberi imbuhan pada kata pokok;
penambah
1. sesuatu yang menambah;
2. imbuhan (yang ditambah pada kata pokok);
3. angka yang bercampur dengan angka lain.