tabur I

padi ~ [Brunei] padi yang ditanam tidak dengan teratur (dicampakkan atau diselerakkan sahaja benihnya);

bertabur
1. = ~ dengan = bertaburkan disebari (dengan), dihamburi (dengan):
bilik tidur pengantin itu ~ dengan bunga rampai;

2. penuh dihiasi (dengan):
di dadanya tersemat bintang yang ~ intan berlian;

3. memberikan derma, bersedekah:
hendak tuah ~ urai;

4. [kiasan] banyak terdapat (kelihatan), berselerak (di merata-rata tempat):
di langit kelihatan bintang-bintang ~ memancarkan cahaya yang muram;

5. rintik-rintik, borek:
ayam ~;

6. bersongket:
kain ~;
~-tebar
= bertaburan;

bertaburan, bertabur-tabur
1. berselerak (di sana sini), berhamburan dan tidak bersusun, berserak-serak:
di hadapannya ~ beberapa keping kad selamat hari raya;

2. terdapat (kelihatan) dengan banyaknya:
mereka singgah di pulau-pulau yang ~ di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu;

menabur
1. menghamburkan supaya berselerak, menyebar (benih dan lain-lain):
~ benih padi;

2. (kelihatan) dengan banyaknya, bertaburan:
di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~;

3. [Perak] mulai terbit buahnya (padi):
padi teman sudah ~;
~ budi
berbuat baik (sering kali atau kepada banyak orang dan sebagainya), berbudi;
~ fitnah membuat fitnah merata-rata;
~ wang membuang-buang wang;

menaburi
1. menabur atau menyebar (bunga dan lain-lain) kepada:
sampai di rumah, Wan Derus ditaburi beras kunyit;

2. bertabur di:
ejen-ejen Rusia ini ~ kawasan gerakan tentera di Czechoslavakia;

menaburkan
1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dan lain-lain):
Najela ~ beberapa kuntum bunga melur;
Datuk Ujang ~ benih lagi;

2. [sastera lama] membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak:
segala ulama dan hukma ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kepada kaki Raja Iskandar;

3. [kiasan] menyebarkan (pendapat dan lain-lain), memberikan:
kesedihan tidak dapat diatasi dengan nasihat yang sudah berkali-kali ditaburkan;
mereka ~ fitnah dengan tujuan untuk memecah-belahkan pemimpin dan umat Islam;

tertabur telah ditabur, terhambur, terselerak (ke merata-rata);

taburan
1. yang ditabur (tertabur);

2. sebaran, serakan;

pertaburan kekerapan terdapatnya sesuatu (penduduk dan lain-lain) di sesuatu kawasan atau dalam tempoh masa tertentu:
keadaan tidak seimbang dalam ~ kuasa;

penaburan perbuatan menabur (baja, benih, dan lain-lain);

penabur
1. orang yang menabur (bunga, benih);

2. alat untuk menabur sesuatu (seperti baja, benih dan sebagainya):
~ baja;
~ benih;

3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang;
habis ~ Palembang tak alah (peribahasa) sesuatu usaha yang tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata.

tabur II

~ dol bahagian puncak tiang layar;
~ peruan kayu palang tempat menggantungkan layar tabur;
layar ~ layar yang dipasang pada puncak tiang layar.

tabut

1. peti perarakan yang dianyam daripada bilah (menyerupai buraq dan lain-lain) untuk memperingati kematian Hassan dan Hussain pada 10 Muharam;
bulan ~ 1 hingga 10 Muharam;

2. perarakan atau keramaian untuk memperingati kematian Hassan dan Hussain dengan membawa tabut:~ perjanjian sejenis peti berisi batu yang bertulis dengan perintah Tuhan yang diturunkan kepada Nabi Musa.

tadah I

1. benda yang digunakan untuk menampung sesuatu, bekas (seperti baldi dan lain-lain);

2. sesuatu yang digunakan untuk mengalas benda lain (seperti piring untuk cawan dan lain-lain);

3. perihal menerima barang gelap (curian dan lain-lain);
~ air pinang gigi yang diasah atau dipapas;
~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk);
~ embun sikat pisang yang di atas sekali;
~ kanan menampung angin yang datang dari kanan (untuk membelok ke kiri);
~ keringat (peluh) kain yang dilekapkan pada sebelah dalam baju;
tukang ~ orang yang menerima barang gelap dan lain-lain;

bertadah
1. memakai tadah;

2. menggunakan alas (lapik), beralas;

3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin);

menadah
1. menyambut apa yang gugur atau jatuh, menampung:
di atas tergantung beberapa buah tabung dibuat daripada ruas buluh untuk ~ tuak;

2. menerima barang-barang curian (gelap);
~ tangan mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan;

menadahkan
1. menggunakan sesuatu bekas untuk menadah, menampungkan:
Ramli ~ baldinya yang besar itu berhampiran dengan tempayan yang ada di situ:

2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan seperti meminta-minta sesuatu):
~ tangan;

3. mengucapkan (amin ketika berdoa):
~ amin;

tadahan sesuatu yang ditadah:
air ~;

penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan:
~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau;

penadah
1. sesuatu yang digunakan untuk menadah, bekas:
dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yang terletak di atas meja;

2. [Indonesia] pemain yang menyambut bola dalam permainan kasti.

tadah III

burung ~ hujan hijau sejenis burung, burung hujan-hujan hijau, Psarisomus dalhousiae psittacinus.

tadak

[Brunei] cacah;

bertadak bertanda pada kawasan tertentu dengan kayu, buluh, dan lain-lain.

tadarus

[Arab] pembacaan al-Quran yang dilakukan secara berkumpulan dan dibaca bergilir-gilir seorang demi seorang sambil disemak oleh ahli-ahli kumpulan;

bertadarus [Arab] membaca al-Quran beramai-ramai hingga tamat (biasanya pada bulan Ramadan):
dalam bulan puasa ramai orang pergi ke masjid untuk bersembahyang tarawih dan ~.

tadbir

urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dan lain-lain), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan:
Tuan Kadi itu menjalankan ~nya;
mangkubumi wazir yang empunya ~ di dalam negeri Johor Darul Takzim;
~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dan sebagainya dasar, fungsi, perjalanan dan sebagainya sesebuah organisasi (syarikat dan sebagainya) yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah;

mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dan lain-lain), mengelolakan, memerintah:
mereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas untuk mengelola dan ~ perpustakaan;
baik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pada keadaan pegawai-pegawai yang ~ kerajaan negeri itu;

tadbiran (sesuatu) yang ditadbirkan:
bumi ~ manusia;

pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan:
dengan adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dengan tidak putus-putus;

pentadbir orang yang mentadbirkan, pengelola, pengurus, pemerintah.