tabrak

[Jakarta];

~-tubruk bermacam-macam pelanggaran;

bertabrakan berlanggaran (bertumbukan) dengan;

menabrak
1. membentur, melanggar, melanda (kereta dan lain-lain):
masing-masing terus menolak, ~ lalu tersungkur;

2. mendatangi untuk melawan dan lain-lain, menyerang;

tertabrak terlanggar (oleh), tertumbuk, terbentur;

tabrakan perlanggaran, tubrukan:
oto dinas itu rosak kerana ~ seminggu yang lalu.

tabu I

1. sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali;

2. (yang) terlarang, (yang) diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan dan sebagainya:
apakah ini suatu isu ~ yang tidak diperbincangkan?

menabukan menganggap sebagai pantang larang.

tabuh

1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dan lain-lain);
~ larangan tabuh di istana raja yang hanya dipalu apabila ada hal-hal yang penting;

2. alat untuk memalu bunyi-bunyian (gong dan lain-lain):
~ beduk;

3. bunyi beduk (gendang) sebagai isyarat:
terdengar ~ panjang tentu ada orang yang meninggal;
akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih
= untuk ~ singkat, untuk gendreng panjang (peribahasa) sesuatu yang tidak dapat digunakan untuk sebarang maksud;
lulus ~ perhatian (peribahasa) berasa lapang atau senang hati kerana terlepas daripada tugas yang berat dan lain-lain;
masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ (peribahasa) besar belanja daripada hasil pendapatan;
mulut ~ dapat disumbat,mulut orang bagaimana menyumbatnya (peribahasa)jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya;

menabuh
1. memalu (memukul) tabuh dan lain-lain:
mereka ~ gendang raya pada tiap-tiap petang Jumaat;

2. [Perlis], [bahasa kasar] membuat sesuatu dengan kasar (makan dengan rakus dan lain-lain);

tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yang dipalu;

penabuh
1. orang yang memalu (memukul) tabuh dan lain-lain, pemalu;

2. [Kedah] perbuatan memukul seseorang.

tabun I

menabun
1. = tabun-~ naik berkepul-kepul (asap):
… bersertaan pula bunyi lotong, asapnya naik tabun-~, pelurunya seperti kilat panah kelodan memancar-mancar ke sana ke mari;

2. membakar timbunan sampah (kayu dan lain-lain), menghidupkan api unggun:
siapakah yang ~ di kebun itu?

tabunan timbunan sampah (kayu dan lain-lain) yang dibakar, api unggun.

tabung I

1. bekas daripada ruas buluh dan lain-lain (untuk menyimpan sesuatu), bumbung:
~ air;

2. bekas yang berbentuk silinder:
~ gas oksigen;

3. peti atau kotak (untuk surat dan lain-lain);

4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dan lain-lain), celengan;

5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dalam enjin dan lain-lain), silinder;

6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dan lain-lain) untuk maksud tertentu, dana:
T~ Pertahanan Negara;~ damak tabung (daripada buluh) tempat menyimpan damak;
~ darah badan yang mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dan lain-lain);
~ didih
sejenis tabung kaca yang berdinding tebal (digunakan dalam makmal untuk mendidihkan bahan cecair);
~ empar sejenis tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas untuk bahan campuran dalam alat pengempar;
T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji;
~ kimia [Indonesia] = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) daripada kaca untuk mengadakan percubaan atau ujian makmal;
~ madat sejenis paip untuk menghisap madat;
~ pekak tabung wang yang biasanya dibuat daripada buluh;
~ pemilihan
a) bekas tempat memasukkan lidi yang digunakan sebagai ganti surat undi;
b) kotak untuk memasukkan surat undi;
~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia;
~ surat peti surat;
~ tablet tabung pil;
tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan (peribahasa) telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran);

menabung menyimpan wang (di bank, dalam tabung, dan lain-lain):
aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda;

menabungkan memasukkan wang dan lain-lain ke dalam tabung, menyimpan dalam tabung (bank dan lain-lain):
mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dalam tin-tin susu yang ditebuk;

tabungan
1. tempat menabungkan wang, celengan (daripada buluh dan lain-lain);

2. = wang ~ wang yang disimpan, simpanan (wang);
~ masjid wang yang dikumpulkan untuk keperluan masjid;
~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos;

penabungan perihal menabung wang, penyimpanan wang;

penabung orang yang menabung (wang), penyimpan.

tabung II

~ beruk sejenis tumbuhan (pokok renek), periuk kera, Nepenthes spp.;
bunga ~ jarum
sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum, nyarum-nyarum, Ixora pendula.