tabel

[Indonesia-Belanda] daftar (nama, angka, dan lain-lain) yang disusun dengan teratur, jadual, senarai.

tabernakel

almari tempat menyimpan kitab agama yang terletak di tengah mazbah dalam gereja Roman Katolik.

tabiat

1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak:
baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu;

2. perbuatan yang selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku:
memang ~ku membaca dalam hati sahaja;

bertabiat
1. berperangai, berkelakuan:
mengapakah dia ~ seperti itu?;

2. bersifat, beresmi:
spirogira ~ seperti tumbuh-tumbuhan hijau.

tabib

orang yang ahli dalam hal perubatan dan cara mengubati penyakit (doktor, dukun);
ilmu ~ pengetahuan mengenai ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit;

ketabiban
1. ilmu perubatan (kedoktoran);

2. perihal ubat-ubatan dan cara mengubati penyakit.