tadi

1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yang lalu:
siapa yang datang berjumpa dengan kamu ~?

2. terdahulu dari ini, yang dahulunya:
kedaulatan Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yang ~nya tertutup untuk mereka;

3. yang telah (baru) lalu:
malam ~;
petang ~;

4. yang tersebut dahulu, yang baru sahaja disebuntukan:
sebagaimana yang dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang.

tadung II

[arkaik];

tertadung tersangkut atau terhantuk kaki pada batu (akar), tersandung:
kakinya ~ pada batu.

tafahus

[Arab] penyelidikan yang teliti, pemeriksaan, penggeledahan;

mentafahus memeriksa dengan teliti, menyelidiki, menggeledah:
setelah ditafahus orang kedapatan suatu surat;

mentafahusi mentafahus.

tafakur

[Arab]

1. renungan, perenungan;

2. perihal merenung memikirkan sesuatu;

3. pengheningan cipta;

bertafakur
1. bermenung memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh:
Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus;

2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pada sesuatu, mengheningkan cita:
semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur;

mentafakurkan memikirkan (dengan sedalam-dalamnya);

tafakuran sesuatu yang ditafakurkan.

tafeta

sejenis fabrik yang berkilat, nipis dan ringan, biasanya digunakan dalam pembuatan pakaian wanita.

tafsil

[Arab];

mentafsilkan menghuraikan sesuatu dengan terperinci:
~ perkara yang telah diketahui akal secara umum;