huraian atau keterangan kata (kalimah) secara terperinci.
tafsir
1. keterangan dan penjelasan berkenaan ayat-ayat Quran (kitab suci):
kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji;
ahli ~ orang yang bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran;
2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dan lain-lain), kupasan, ulasan:
ada manusia yang salah ~ menganggap sajak Salim berunsur cercaan;
berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenyataan tersebut;
juru~ orang yang memberi penjelasan (ulasan dan lain-lain);
mentafsirkan
1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran):
guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yang disebuntukannya;
2. memberi penjelasan (keterangan), mengulas, mengertikan, menjelaskan:
mahkamah mempunyai kuasa untuk ~ perkara undang-undang yang syak dan waham;
tafsiran
1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir;
2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat;
pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsirkan (sesuatu);
pentafsir orang yang mentafsirkan, ahli tafsir.
taftah
[arkaik]taf.
tagak
bertagak-tagak berlengah-lengah (melakukan sesuatu dan lain-lain), bertangguh-tangguh:
pihak yang berkuasa janganlah ~ untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga-peniaga itu;
menagak tidak mengendahkan atau mempedulikan (bahaya dan lain-lain), menahan, menentang, menghadapi;
menagak-nagak menahan-nahan (pekerjaan dan lain-lain), menangguh-nangguhkan;
tertagak-tagak tertahan-tahan (berbuat sesuatu), tertangguh-tangguh.
tagal
[Brunei] setagal sebentar, sekejap;
nanti se~ nanti sebentar.
Tagalog
bahasa rasmi Filipina.
tagan
1. wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan:
permata intan dijadikan ~ , kekasih tidak abang tinggalkan;
2. wang dan lain-lain yang disumbangkan untuk (modal dan lain-lain) usaha bersama, sumbangan;
3. gundu (dalam permainan guli, getah, jengkek, dan sebagainya);
bertagan
1. [Kelantan] bertaruh, berjudi:
di kaki lima ramai orang ~ daun terup;
2. [Kedah] berangan-angan, mengira-ngira:
engkau ini belum lagi memulakan kerja itu asyik ~ sahaja.
tagar I
bunyi) guruh (guntur):
maka sorak orang pun gemuruhlah seperti ~ di langit bunyinya;
bagai ~ di Pulau Sembilan (peribahasa) percakapan yang terlalu tinggi lagi sombong;
bertagar berbunyi seperti guruh, gemuruh, berdegar-degar.
tagar II
[Brunei];
bertagar berkarat:
pagar besi di tangga rumah itu ~ menyebabkan tangan saya kotor.
taghut
[Arab]
1. sifat zalim yang melampaui batas;
2. syaitan yang mendorong manusia melakukan kejahatan;
3. nama salah satu berhala kaum Quraisy.