tadbir

urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dan lain-lain), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan:
Tuan Kadi itu menjalankan ~nya;
mangkubumi wazir yang empunya ~ di dalam negeri Johor Darul Takzim;
~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dan sebagainya dasar, fungsi, perjalanan dan sebagainya sesebuah organisasi (syarikat dan sebagainya) yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah;

mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dan lain-lain), mengelolakan, memerintah:
mereka ini haruslah mempunyai pengetahuan asas untuk mengelola dan ~ perpustakaan;
baik buruknya pemerintahan sesebuah negeri bergantung pada keadaan pegawai-pegawai yang ~ kerajaan negeri itu;

tadbiran (sesuatu) yang ditadbirkan:
bumi ~ manusia;

pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan:
dengan adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dengan tidak putus-putus;

pentadbir orang yang mentadbirkan, pengelola, pengurus, pemerintah.

berkongsi