[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] enjin untuk membangkitkan tenaga elektrik.
agregat II
agresi
[Indonesia-Belanda] pencerobohan (oleh sesebuah negeri terhadap negeri lain).
agresif
cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dan sebagainya) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dan sebagainya) yang lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dan sebagainya);
keagresifan perihal atau keadaan agresif:
keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal;
pengagresif orang, terutamanya negara yang melakukan tindakan yang agresif.
agresor
[Indonesia-Belanda] pihak (negara dan lain-lain) yang memulakan serangan atau pencerobohan, penyerang (yang memulakan persengketaan dan sebagainya).
agro-
awalan asing berkaitan dengan pertanian, tanah, atau ladang, misalnya dalam agrokimia dan agroteknologi.
agroekologi
kajian saintifik tentang hubungan antara organisma hidup dengan persekitaran, khususnya di kawasan pertanian.
agroekonomi
ekonomi yang berasaskan atau berkaitan dengan pertanian.
agroindustri
industri yang berkaitan dengan aktiviti pertanian.
agrokimia
bahan ~ bahan kimia yang digunakan untuk tujuan pertanian, misalnya racun serangga.