[Brunei] tembikai.
siku I
1. persendian di antara lengan atas dengan lengan bawah;
2. selekoh atau kelok (pada sungai, jalan, dan lain-lain);
3. = siku-siku = ~ bedil pangkal atau gagang senapang, popor;
~ bersimpai orang yang malas bekerja;
~ jalan selekoh atau kelok jalan;
~ keluang
a) garisan yang patah-patah dan bersudut-sudut;
b) selekoh jalan yang tajam;
c) motif batik, anyaman, tembikar dan sebagainya yang berbentuk jalur runcing yang bersudut dan bertingkat-tingkat;
siku-siku, sesiku
1. sudut tepat, sudut 90 ;
2.
a) sejenis alat berbentuk L atau T (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat);
b) sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90, 60, dan 30 atau 90, 45, dan 45 );
3. gagang senapang, siku bedil;
4. = kayu ~ gading-gading;
bersiku ada sikunya;
menyiku
1. merupakan sudut 90;
2. menyinggung dengan siku;
menyikukan menyinggung (dengan siku);
penyiku pukulan dengan siku.
siku II
~ dangan (dengan) sejenis tumbuhan (herba), kerak nasi, sandar malam, sedap malam, sundal malam, Polianthes tuberosa;
~ dengan sejenis tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, Oldenlandia corymbosa;
siku-siku
1. = ~ dengan sejenis tumbuhan (herba), pokok telur belangkas, Oldenlandia corymbosa;
2. = rumput ~ sejenis tumbuhan (herba), Striga asiatica.
sikudidi
burung kedidi;
bersikudidi berjengket-jengket.
sikudomba
sejenis ikan laut yang besar.
sikut I
[Jawa] siku;
main ~ = main sikut-sikutan [bahasa percakapan]
a) menyinggung dengan siku (dalam permainan dan lain-lain);
b) berlaku curang, mencuri, menipu, dan lain-lain;
menyikut
1. menyinggung (memukul) dengan siku;
2. [bahasa percakapan] bermain sikut.
sikut II
[Brunei];
menyikut membawa sesuatu atau seseorang (di belakang tubuh).
sil I
lapisan mendatar batuan igneus intrusif yang merentang di antara lapisan-lapisan batuan lain.
sil II
anjing laut.
sila I
= silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya …, jemputlah, sudilah:
~lah, kekanda;
menyilakan, mempersilakan meminta (menjemput, mengajak) dengan hormat supaya …:
ibu telah ~ perempuan yang datang itu duduk dekatnya;
dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum;
semua yang berbakat dalam memasak dipersilakan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yang disediakan;
tersila terserah (terpulang) kepada.