silang

1. bentuk seperti salib (pangkah, palang) yang miring letaknya, bentuk seperti tanda darab;

2. = kayu ~ kayu palang, salib;
~ empat simpang empat (jalan);
~ gunting bentuk atau rajah yang bersengkelang;
~ kata sejenis teka-teki untuk mencari perkataan (dengan mengisi huruf-huruf dalam petak-petak yang disediakan);
~ keris bahagian hujung ganja (keris) yang tajam, kepit;
~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang;
~-seli selang-seli;
~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali;
~ selisih
a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dan lain-lain), bertikaian;
b) berlawanan arah, simpang-menyimpang;
~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung (peribahasa) dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat;

bersilang
1. bersengkelang (seperti salib atau tanda darab):
kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja;

2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dan lain-lain), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang;
~ selisih berlawanan arah;

menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang:
ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya;
kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan;

silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dan lain-lain), bersimpang-siur, berpapasan:
awan di langit ~;

tersilang disilangkan:
ia berjalan mundar-mandir dengan tangan ~ ke belakang;

silangan sesuatu yang letaknya (bentuknya dan lain-lain) bersilang, silang:
mereka bersandar pada ~-~ papan yang sedang dikeringkan;

persilangan
1. perihal bersilang;

2. tempat pertemuan (jalan raya dan lain-lain), persimpangan;

penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu.

silang-siur

1. bersimpang-siur (jalan raya dan lain-lain), simpang-menyimpang, saling merintangi;

2. hilir mudik (kenderaan dan lain-lain), bersimpang-siur;

bersilang-siur bersimpang-siur.

silap

1. salah pandangan atau perasaan (dengan yang sebenarnya);
~ faham tidak memahami apa yang sebenarnya;

2. [sastera lama] sulap, sunglap:
tukang ~;

3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dan lain-lain);

4. salah yang tidak disengajakan, khilaf:
kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun;~ gayung [Kelantan] telah melakukan sesuatu yang salah;
~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dan sebagainya yang betul sehingga boleh mendatangkan kesan yang buruk;
~ mata
a) sejenis permainan yang mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yang aneh-aneh dan lain-lain), sulap, sunglap;
b) salah pandangan;
c) silau;
d) agak lupa, tidak sedar;
~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja (peribahasa) memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya;
~ mata, pecah kepala (peribahasa) kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana;

menyilap menjadikan silap (pandangan dan lain-lain), mengelirukan, menipu;

tersilap (telah) melakukan kesalahan dengan tidak sengaja, tersalah, terkhilaf;

kesilapan perihal silap, kekeliruan, kekhilafan;

penyilap
1. tukang silap mata, tukang sunglap;

2. penipu.

silat

sejenis seni (permainan dan sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak;
jenis-jenisnya:
~ cekak, ~ gayung, ~ pulut;
ahli ~ orang yang cekap (mahir) tentang silat;

bersilat bermain silat (pencak), berjuang dengan silat:
sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~;
~ lidah (kata)
[kiasan] pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah);

menyilat mengelak (pukulan, serangan, dan lain-lain) dengan gerak silat, menangkis;

persilatan yang berkaitan dengan silat:
gimnasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dan lain-lain;
pertarungan silat yang menunjukkan kaedah ~;
~ lidah (kata)
[kiasan] perbahasan dan lain-lain dengan menguji kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata);

pesilat orang yang bersilat:
~ sedang bersedia untuk memulakan pertandingan.

silaturahim

[Arab] = hubungan ~ = tali ~ hubungan persaudaraan (kekeluargaan, persahabatan);

bersilaturahim mengadakan hubungan silaturahim:
ada waktu yang lama untuk mereka ~ selepas makan.

silau I

kabur mata (kerana kena cahaya yang sangat terang):
~ mata kena sinar matahari;

menyilaukan menyebabkan menjadi silau:
sinar matahari itu sungguh ~ mataku;

tersilau menjadi silau;

kesilauan
1. perihal silau;

2. tersilau, menjadi silau:
mereka duduk itu diterangi oleh sorotan lampu kereta sehingga mata mereka ~.

silau II

menyilau [sastera lama] memandang (sesuatu yang jauh), meninjau:
mata datuk ~ ke seluruh ruang rumah.