sila II

duduk dengan kaki berlipat dan bersilang:
orang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih;
mengalih ~
beralih tempat duduk;
mengorak ~ bangkit dari duduk;

bersila duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki:
seumur hidupnya tidak pernah dia makan ~;
~ angkat
duduk dengan melapiskan kaki ke atas paha yang lain;
~ panggung duduk dengan bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki);

menyilakan;
~ kaki menyilangkan kaki (seperti bersila).

silaj

(Pertanian) makanan ternakan berupa tanaman seperti rumput dan jagung yang masih hijau yang disimpan di dalam silo, biasanya digunakan sebagai makanan lembu pada musim sejuk.

silam I

1. gelap (cuaca), kelam, suram:
~ tidak lagi nampaknya terang;

2. sudah terbenam (matahari);

3. telah lampau (lalu):
semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yang hanya dapat dikenang-kenang sahaja;

menyilamkan
1. menggelapkan, mengelamkan, menyuramkan;

2. menenggelamkan, membenamkan;

tersilam kemalaman;

kesilaman keadaan (zaman silam).

silambam

sejenis seni mempertahankan diri dengan menggunakan sebatang kayu, buluh dan sebagainya di kalangan masyarakat India.