serampin

[arkaik]

1. sejenis tikar pengalas tempat membuat sagu (untuk mengumpulkan sagu);

2. sisa sagu yang tinggal di atas tikar (setelah yang baik diambil).

seran

jalur-jalur yang miring, loreng;

berseran berjalur-jalur miring, berloreng.

seranah

kata-kata yang mengutuk (menista dan lain-lain), serapah;
sumpah ~ berbagai-bagai kutuk dan nista;

menyeranah mengutuki, menyumpahi:
Hajah Kadiah ~ dan menyumpah babi-babi yang memakan ubinya.

seranam

sejenis tumbuhan (herba), akar keremak, daun patuk tuau, deras malam, rumput halyur, Ruellia repens.

serandang

dua batang kayu yang bersilang (sama ada diikat atau dipasak) untuk menyangga sesuatu, kuda-kuda tukang kayu;

menyerandang menyangga (menopang, mengalas, dan lain-lain) dengan serandang.

serandau

sejenis burung, pucung, Ardea purpurea manilensis.

Serandib [sastera lama] Pulau Ceylon, Sri Lanka.

seranduk

terseranduk tersampuk (kaki pada akar dan lain-lain ketika berjalan), tersandung:
ada antara kami yang tersungkur kerana kakinya ~ pada akar-akar kayu.