sejenis binatang kecil yang badannya bertekung tiga dan kakinya enam serta beruas-ruas (seperti nyamuk, lalat, belalang, dan lain-lain);
~ perosak (Pertanian) serangga (seperti belalang, pianggang, dan lain-lain) yang merosakkan tanam-tanaman.
seranggah
ceranggah.
serangguh
menyerangguh duduk bertopang dagu dengan siku tertekan ke lutut;
sudah bongkok jangan ~ (peribahasa) jangan dibesar-besarkan sesuatu yang buruk.
seranggung
berseranggung, menyeranggung duduk membongkok(dengan tangan menopang dagu dan siku tertekan ke lutut), menyerangguh:
aku menyeranggung di muka pintu.
serangkak I
duri-duri (ranting, kawat, dan lain-lain) yang dililitkan pada batang kayu supaya jangan dipanjat orang, sawar;
~ payung jari-jari payung.
serangkak II
[Minangkabau] sejenis ketam (kepiting);
bagai ~ tertimbakan (peribahasa) orang yang miring jalannya (kerana cacat dan lain-lain);
hati bak ~ dibungkus (peribahasa) sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.
serangsang
menyerangsang naik marah, marah benar, memberang;
rangsang I.
serani I
rumput ~ = paku ~ sejenis tumbuhan (herba), rumput kenarus, Lycopodium cernum.
Serani II
Kristian;
air ~ air suci (dalam agama Kristian untuk pembaptisan);
masuk ~ memeluk agama Kristian;
orang ~
a) orang yang beragama Kristian;
b) orang peranakan daripada bangsa Eropah dengan bangsa Asia (Eurasian);
c) [sastera lama] orang Portugis;
menyeranikan
1. menjadikan Kristian, membaptis(kan), memandikan (dengan air Serani);
2. [Indonesia] mengahwini dengan sah (orang Eropah yang memperisteri orang Indonesia);
keseranian hal (sifat, keadaan dan sebagainya) yang berkaitan dengan Serani;
penyeranian perihal atau perbuatan menjadikan seseorang Serani, pengkristianan. seranjung [Kelantan], [bahasa percakapan] menyambar sesuatu (seperti buah dan lain-lain) sambil melompat.
seranta
pegawai ~ pegawai yang tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dan sebagainya) yang dianggotainya dengan orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dan sebagainya) yang berkenaan (dengan menyebarkan maklumat dan lain-lain);
penulis ~ penulis yang memberitahukan (hal-hal yang tertentu seperti iklan dan lain-lain) kepada orang ramai;
menyerantakan memberitahukan kepada khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan:
maka bentara pun menyuruh orang ~ maklumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kepada segala daerah Acheh;
serantaan yang berkaitan dengan hubungan antara organisasi (institusi dan sebagainya) dengan orang ramai.