sejenis burung, Melanochlora sultanea flavoctistata.
serak
berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dan lain-lain) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah:
segala barang di dalam rumahnya ~;
kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai;
berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan:
puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permaidani;
menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana;
menyerakkan menaburkan (supaya berserak), menyebarkan, memencarkan:
kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserakkan di cerpu kaki masing-masing;
penyerakan proses menyerak(kan).
serak I
1. parau atau garau (suara):
makin lama suaranya makin ~ dan akhirnya hilang antara beberapa patah perkataan yang akhir;
~-~ basah agak serak suaranya (tetapi sedap didengar);
2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain).
serak II
burung ~ sejenis burung hantu.
serak III
~-serik = ~-seruk bunyi seperti bunyi orang menggosok lantai dan lain-lain.
serak IV
[Kelantan] sejenis bakul (diperbuat daripada mengkuang), bujam;
~ tak sudah
a) anak baru lahir yang subur;
b) gadis yang tidak berpinggang (kerana terlalu gemuk).
serakah
loba, rakus, tamak:
ia sekarang mengetahui apa yang diidamkan oleh kedua-dua orang yang tamak dan ~ itu;
keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan:
tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis;
~ untuk memperoleh keuntungan yang tidak terhingga.
seram I
1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dan lain-lain), meremang:
kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dalam ingatannya bahaya yang mungkin datang;
2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan):
hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga;
3. tampak menakuntukan (rupa yang bengis, kejam, dan lain-lain):
di mana-mana terdapat slogan yang ~, berapi-api dan pedas;
nampak ~ mukanya;
~ sejuk
a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dan sebagainya;
b) berasa sejuk seperti hendak demam;
menyeramkan menjadikan seram, menakuntukan, mengerikan:
Tolong! pekiknya dengan suara yang ~;
keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram:
dia tersentak juga, tetapi cuba menyembunyikan ~nya.
seram II
PI makan dengan cepat-cepat.
serama
gendang ~ [sastera lama] gendang dua muka (yang sebelah dipukul dengan tangan dan sebelah lagi dipukul dengan pemukul);
berserama sl
1. bermain gendang serama;
2. bersilat atau berpencak:
maka orang bermain pun terlalu ramai, ada yang menapak, …, ada yang ~, ada yang main wayang.