sandung II.
seraga
bantal ~ sejenis bantal besar (yang hujung dan pangkalnya dihiasi sulaman, cermin-cermin kecil, dan lain-lain) untuk perhiasan.
serah
sirah I.
serah hak
~ mutlak (Undang-undang) kesemua hak pemilikan yang diserahkan kepada pemilik baru (pihak ketiga);
penyerahhakan proses memindahkan hak, harta, tanggungan dan sebagainya mengikut undang-undang;
penyerah hak orang yang memindahkan hak, harta, tanggungan dan sebagainya mengikut undang-undang.
serah I
berserah
1. bergantung nasib diri kepada, memulangkan nasib kepada:
sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja;
2. = ~ diri memberikan diri kepada yang berkuasa seperti kepada polis (orang salah dan lain-lain);
menyerah
1. menggantungkan nasib kepada, bertawakal kepada, berserah:
jangan lekas ~ kepada takdir;
2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah:
biarlah darahnya dihirup daripada ~ kalah;
3. = ~ diri
memberikan diri kepada yang berkuasa (orang salah, orang yang ditewaskan dalam peperangan, dan lain-lain):
beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri;
4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja:
akhirnya ia ~ kepada kehendak Raden Menteri;
menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kepada:
beliau telah diserahi tugas yang serupa;
menyerahkan
1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dan sebagainya) sesuatu kepada:
ayahnya telah ~ wang yang diminta itu;
tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kepada sahaya;
~ kehormatan membiarkan diri dinodai (dicabuli);
2. mempercayakan (kepada), mengamanahkan sesuatu (kepada):
mana pekerjaan yang diserahkannya kerjakan olehmu;
3. = ~ diri
menyerah diri:
ia ~ dirinya kepada aku;
4. ~ diri menggantungkan (mempertaruhkan) nasib dan lain-lain kepada, bertawakal kepada:
hendaklah engkau sangat-sangat ~ ke hadrat Allah Taala;
terserah
1. diserahkan (diberikan) kepada:
dan lagi ada pula kuasa yang besar ~ ke dalam tangannya;
2. bergantung kepada, terpulang kepada (pertimbangan, pemikiran, dan lain-lain):
bagi mentafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kepada aliran fikiran orang yang mentafsirkan itu;
serahan apa-apa yang diserahkan:
anakku, aku serahkan ke dalam tanganmu, ~ yang bulat-mulat;
penyerahan perbuatan menyerahkan (mempercayakan, mengamanahkan, dan lain-lain):
kekalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kepada British.
penyerah orang atau pihak yang menyerahkan sesuatu.
serah II
terserah-serah tergopoh-gopoh, tergesa-gesa:
~ benar engkau datang sekali ini;
sera.
serah III
~ beruk sejenis penyakit (bengkak di leher), beguk, bengkak cantik.
serahi
sejenis botol yang panjang lehernya.
serai I
1. = ~ betul = ~ makan = ~ sayur sejenis tumbuhan (rumput yang daunnya berbau harum), Cymbopogon citratus;
2. = ~ wangi sejenis tumbuhan (rumput yang lebih rimbun dan wangi daripada serai betul), Cymbopogon nardus;
~ kayu sejenis tumbuhan (pokok yang daunnya dibuat perencah masakan), jambu hutan, kelat merah, kelat putih, kelat samak, pokok palung, samak, Eugenia polyantha;
~ kemangi ki kerabat yang jauh;
gulai lampau ~, tentu maung (peribahasa) sesuatu yang berlebihan (perbuatan, percakapan, dan lain-lain) itu akan mendatangkan keburukan;
serumpun bagai ~, selubang bagai tebu (peribahasa) muafakat sekali, seia sekata.
serai II
terserai terserak, tersebar.