(Seni Muzik) sejenis seruling buluh puak Jahut (rumpun bangsa orang asli dari suku Senoi) di Pahang.
behavioris
penganut behaviorisme.
behaviorisme
doktrin yang menekankan bahawa satu-satunya cara yang sah untuk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya.
behena
sl
1. amat penting, luar biasa, istimewa:
ada orang yang berdosa kepada Raja Mahmud, salahnya pun tiada apa ~;
2. hirau, peduli, acuh:
Raja Inayat Shah pun tiadalah ~ menyelenggara istiadat peperangan, seperti adat dahulukala.
bejana
bekas (air dan lain-lain), balang, jambang;
~ berhubungan [Indonesia] balang yang berhubungan antara satu sama lain.
bejat
1. [Jawa] rosak (barang anyaman dan lain-lain);
2. [Indonesia], [bahasa percakapan] rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi;
membejatkan merosakkan;
kebejatan kerosakan, keburukan.
bejelak
[Kelantan] sangat lapar.
bejemo
[kata seru] sejenis adat perkahwinan (diadakan di satu tempat sahaja).
bek I
buyi kambing atau biri-biri;
mengembek mengeluarkan bunyi bek;
bebek II.
bek II
[Jakarta] ketua kampung, lurah.