begap

1. tegap dan besar (tubuh dan lain-lain);

2. besar dan kuat (kaki bangku dan lain-lain).

begar I

1. keras (walaupun direbus atau diperam), tidak mahu empuk;

2. tidak dapat berubah lagi (tabiat dan lain-lain), tegar hati.

begar II

berbegar, membegar berkeliling (berjalan, terbang, dan lain-lain), berlegar;

membegari mengelilingi (berjalan, terbang, dan lain-lain).

begian-begian

begini-begini (mempercakapkan orang dan lain-lain):
si anu pemalas, si anu dipukul oleh suaminya, si anu ~.

begini

bagai ini, macam ini, seperti ini:
tulislah ~;

sebegini sebanyak ini, sekian ini;

begini-begini memperkatakan seseorang dan lain-lain secara umum tanpa penjelasan:
datuk nenek kami dahulu adalah ~;

membeginikan membuat (memperlakukan) seperti ini:
saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan;

beginian [Jakarta] seperti ini, demikian ini.