aga II

angkuh, sombong:
ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;

beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri;

mengagakan membanggakan:
sesungguhnya kedua-dua orang tua itu dapat ~ anaknya;

keagaan keangkuhan, kesombongan:
sekaliannya ada, menjadi ~ bagi yang punya;

peraga raga III.

agah I

beragah berpandang muka mengajak berkelahi:
sementara mereka ~, polis pun tiba;

beragah-agah, beragah-agahan berpandangan muka hendak berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (berkenaan (dengan) ayam);

mengagah
1. memandang muka atau menentang mata (mengajak berkelahi dan lain-lain):
~ lawan;

2. melakukan sesuatu untuk membuat bayi ketawa:
anak itu ketawa kerana diagah-agah;

3. mengeluarkan bunyi yang belum berupa patah-patah perkataan (berkenaan (dengan) bayi):
anak kecil itu sudah pandai ~;

4. mempertemukan muka (supaya berkelahi):
~ ayam sabungan.

agah II

[Kelantan], [Terrenganu] bersifat sombong:
kalau kamu masuk kampung orang, jangan ~ sangat.

agak I

1. kira, sangka, rasa:
~ saya dia sudah keluar tadi;
~ gerangan
jika kiranya;

2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan):
menghadapi kesukaran yang ~ besar;
~ lama juga di sana;

agak-agak
1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya:
~ hari ini hujan;

2. = agaknya gerangan, kiranya:
apa ~ maksudnya datang ke mari?

beragak, beragak-agak
1. ragu-ragu, sangsi:
melanggar kota itu jangan ~;

2. mempunyai tujuan (niat) untuk, bermaksud, berniat:
ia ~ untuk pergi ke Mekah;

3. awas-awas, hati-hati:
mengatakan sesuatu dengan tidak ~;

mengagak, mengagak-agak
1. mengira-ngira (dengan berdasarkan dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir:
ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa;
orang yang pandai ~ dan mengagih orang yang bijaksana;

2. memaksudkan, meniatkan:
lain yang diagak, lain yang kena;

mengagakkan
1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau tekaan sahaja), menduga, menyangka:
keadaan lebih sulit daripada yang diagakkan;

2. menentukan (dengan hati-hati):
~ biaya negeri;

mengagak-agihkan
1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan, memberitahukan, menjelaskan;

2. suka mencela;

teragak
1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dengan tiba-tiba atau dengan sepintas lalu), terlintas di hati:
ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu;

2. [Minangkabau] ingin sangat:
ia ~ pulang ke negerinya;

teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak):
saya tidak akan ~ untuk mengambil tindakan;

agakan apa yang diagakkan, dugaan, sangkaan:
~ ini mungkin benar.

agam II

tidak ada akhir, larut;
berkepanjangan bagai ~ (peribahasa) perbuatan (perkataan) yang berlarut-larut;

beragaman berlarutan, tidak berkesudahan:
berpestalah sejauh impian ~.

agama

1. kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa:
~ Islam, ~ Kristian;
orang yang memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin;
~ langit
agama yang bukan ciptaan manusia;

2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain (yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa);

beragama
1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama:
orang Melayu ~ Islam;

2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pada agama, beribadat:
memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yang tidak berdasarkan agama kita;

3. [bahasa percakapan] terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja:
~ kepada harta benda;

mengagamakan menjadikan sesuatu sebagai agama;

keagamaan perihal agama, (hal-hal) yang berkaitan dengan agama:
sastera ~;
semangat ~.