agama

1. kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa:
~ Islam, ~ Kristian;
orang yang memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin;
~ langit
agama yang bukan ciptaan manusia;

2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain (yang dipuja dan sebagainya dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa);

beragama
1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama:
orang Melayu ~ Islam;

2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pada agama, beribadat:
memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yang tidak berdasarkan agama kita;

3. [bahasa percakapan] terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja:
~ kepada harta benda;

mengagamakan menjadikan sesuatu sebagai agama;

keagamaan perihal agama, (hal-hal) yang berkaitan dengan agama:
sastera ~;
semangat ~.

berkongsi