KI anak pinang yang digunakan untuk melekatkan tali pada hidung lembu (kerbau).
ba IV
KI cukup, pada:
~lah beri wang kepadanya, aku telah beri sepuluh ringgit bulan ini.
ba V
sedikit sahaja:
mereka tidak begitu pandai membuat rumah, hanya ~ boleh.
Ba simbol kimia bagi barium.
baada
[Arab] [arkaik] sesudah;
~ isyak sesudah sembahyang isyak.
bab
1. [Arab] pintu;
~ al-mandeb pintu air mata;
2. bahagian(-bahagian) dalam sesebuah buku yang selalunya diberi tajuk atau dinombori (seperti I, II, III, dan sebagainya):
buku itu mengandungi sepuluh ~;
3. hal mengenai sesuatu, fasal:
~-~ perkahwinan dan perceraian diserahkan kepada mahkamah syariah.
baba I
[Jakarta] bapa;
= babe.
baba II
1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yang kebanyakannya terdapat di Melaka) yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Baba sebagai bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu:
berketurunan ~;
~ Melaka;
2. orang lelaki yang berketurunan Baba:
~ dan Nyonya.
babad
[Jawa] sejarah, tambo, riwayat:
~ Tanah Jawa.
babah
baba I.
babai
[bahasa percakapan]
1. selamat jalan (diucapkan kepada orang yang berpergian);
2. selamat tinggal (diucapkan oleh orang yang berpergian).